SEORANG wanita berkongsi pengalaman pahit yang perlu dilalui gara-gara bapanya tidak berfikir panjang apabila membuat keputusan melibatkan kewangan keluarga. Dia menyifatkan bapanya sebagai 'deadbeat' (bankrap) kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai pencari nafkah utama, malah menjadi beban kepada keluarga. Menurut wanita ini, kisah hitam ini bermula selepas bapanya yang dahulunya mempunyai pekerjaan tetap memutuskan untuk berhenti kerja atas alasan mahu memulakan perniagaan. Seorang wanita simpati nasib ibu yang menanggung hutang bapanya. -Gambar hiasan Tetapi keputusan bapanya tidak membuahkan hasil seperti mana diharapkan, malah terpaksa menanggung beban hutang sehingga ibunya terpaksa mengambil alih tanggungjawab membayar ansuran pinjaman secara bulanan. “Kalau awak kerja kerajaan dan suami awak tiba-tiba nak berhenti kerja pejabat semata-mata untuk buka bisnes... tolong jangan sokong dia. "Aku dah tengok bapa sendiri yang deadbeat tu buka bisnes la, melabur la. Kerja mak aku sampai sekarang cuma bayar pinjaman dia,” luah wanita itu, kecewa. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bankrap meninggal tanpa sempat langsai pinjaman lebih 50K... Anak buntu 'dikejar' syarikat pengutip hutang ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hampir pencen rancak buat hutang, tahu-tahu lebih RM800,000! Anak risau tak sempat bayar sebelum meninggal Apa yang lebih menyedihkan, bapanya turut meminta dia membuat pinjaman. Namun, wanita itu menegaskan dia tidak sanggup membantu kewangan bapanya kerana kesusahan hidupnya sendiri tidak pernah diambil peduli. "Sampai ke aku ni dia minta buat pinjaman. Lepas ni memang tak la aku bagi pinjam lagi duit. Aku punya kesusahan apa dia tahu. "Bukannya boleh sumbangkan apa-apa. Akhirnya yang bantu aku tetap mak aku juga. Susulan pengalaman yang dilaluinya, dia juga menasihati golongan lelaki agar terus bertahan dengan kerja makan gaji dan berfikir panjang sebelum meletak jawatan untuk bekerja sendiri. Idea berhenti kerja 9 hingga 5 untuk buat bisnes ni sangat la berisiko. ADLI ISHAK PERANCANG KEWANGAN "Kepada semua lelaki di luar sana, berhenti la jadi bapa yang deadbeat. "Kerja pukul 9 hingga 5 petang tu lebih baik daripada berhenti kerja dan minta isteri buat pinjaman untuk buka bisnes yang berkemungkinan besar akan gagal saja," ujarnya. Perkongsian individu ini meraih perhatian warga maya selepas ia tular di X. Seorang netizen turut menceritakan pengalaman yang hampir sama berlaku kepada keluarganya. Komen netizen di X. "Ayah saya pun macam ni. Dia siap boleh canang lagi dia 'penganggur terhormat'. Kadang susah nak hormat ayah sendiri bila dia tak bantu buat kerja rumah dan dari segi pendapatan. "Mak saya je buat kerja rumah dan sediakan duit," kata netizen tersebut, menceritakan situasi keluarganya. Dalam pada itu, seorang perancang kewangan, Adli Ishak turut memberikan pendapatnya berhubung perkara ini. "Idea berhenti kerja 9 hingga 5 untuk buat bisnes ni sangat la berisiko. Sebaliknya buat dulu pendapatan sampingan. "Pada masa sama simpan duit satu hingga dua bulan belanja sebagai langkah keselamatan. Kalau bisnes dah stabil baru la buat (bisnes) sepenuhnya," kata Adli.