SEORANG penumpang sebuah syarikat penerbangan menyarankan agar golongan pramugari yang berusia supaya berhenti bertugas di dalam kabin kerana dianggap tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan terbaik.
Menurut penumpang lelaki itu, pramugari berusia perlu ditukarkan ke unit lain yang lebih sesuai dan tidak memerlukan mereka berdepan dengan penumpang.
Jelasnya, dia berpandangan sedemikian selepas melihat insiden membabitkan pramugari dengan penumpang warga emas.
Tugas pramugari membantu penumpang dalam kesulitan. -Gambar hiasan AI
"Sebab apa aku cakap macam ni? Benda berlaku depan mata aku, seorang makcik tua minta kamu (pramugari) bantu angkat beg.
"Pelbagai alasan kamu bagi antaranya suruh minta tolong penumpang lain angkat, what the hell kau punya service?", kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari terkesan lihat penumpang lepuk kepala isteri lembab cari 'boarding pass', tak menyempat nak makan!
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer marah pramugari sambil rakam video, geram ditangkap hisap vape dalam tandas pesawat - “Saya ada 25,000 pengikut”
Jelas lelaki itu, penumpang membayar tiket penerbangan termasuk dengan perkhidmatan dan sewajarnya warga emas tersebut diberi layanan terbaik dengan dibantu agar begnya diangkat ke tempat penyimpanan di atas.
"Penumpang tu bayar tiket termasuk anda punya perkhidmatan... bukan nak tengok kau melawa," katanya.
- Penumpang menasihati pramugari berusia supaya berhenti bertugas dalam kabin.
- Dia mendakwa pramugari enggan membantu warga emas mengangkat beg.
- Kenyataannya dikecam kerana tidak faham tugas sebenar pramugari.
- Netizen mempertahankan kru kabin sebagai menjaga keselamatan, bukan angkat beg.
- Bantuan mengangkat beg dianggap ihsan, bukan kewajipan pramugari.
Bagaimanapun, perkongsian itu menerima kecaman ramai dengan warga maya menegaskan bahawa tugas pramugari adalah menjaga keselamatan penumpang dan bukan mengangkat beg ke ruang simpanan atas.
Mereka menyifatkan komen tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati pekerja yang berkhidmat lama dalam industri penerbangan.
Reaksi warga maya
“Kalau mereka bantu, itu hanya sebagai ihsan, bukan kewajipan.
"Sebelum komen kena tahu dulu jobscope mereka. Kru kabin tidak dibenarkan bawa dan angkat beg penumpang.
"Kalau 100 penumpang minta tolong angkat luggage yang entah apa isi dalam tu punya berat memang tak jadi kerja la dia," kata warga maya.


