suria

Baru tiga bulan bersalin, dah disahkan hamil lagi... Wanita terfikir mahu gugurkan kandungan, masih trauma kemaluan koyak

Suami isteri perlu tahu merancang keluarga dan menjarakkan kehamilan. -Gambar hiasan

CAHAYA mata merupakan anugerah Allah yang melengkapkan kebahagiaan sesebuah keluarga.

Namun, suami isteri juga perlu bijak merancang keluarga agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Di Thread, seorang wanita tular selepas berkongsi kisahnya yang kembali hamil walaupun baru tiga bulan melahirkan anak.

Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan suami isteri apabila menerima khabar bakal menimang cahaya mata. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian itu, dia bertanya pendapat netizen sekiranya dibolehkan untuk berjumpa doktor bagi menggugurkan kandungan berkenaan.

"Saya nak tanya, bayi saya baru berumur tiga bulan tapi saya dah mengandung balik.

"Luka dah sembuh, tapi kadang-kadang masih rasa sakit dan ngilu sebab koyak tahap empat dan saya masih lagi trauma.

  • Wanita berkongsi kisah dirinya hamil semula selepas tiga bulan melahirkan anak.
  • Dia mengakui masih trauma gara-gara kemaluan terkoyak ketika bersalin.
  • Disebabkan itu, dia terfikir mahu berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.
  • Netizen terkejut dengan sikap pasangan itu yang gagal merancang keluarga.
  • Pasangan itu dikecam, namun ada yang turut memberi kata nasihat.

"Boleh ke saya jumpa doktor untuk gugurkan?" tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia memaklumkan dirinya masih lagi belum mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak tiga bulan lalu.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen menyelar wanita itu kerana tidak memikirkan keadaan kesihatan tubuh badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru habis pantang, hamil lagi! Si ibu gembira tapi risau sindiran nurse, tak tidur malam takut kena marah di KK

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam ‘jiran’ katil sebelah bersalin anak ke-5 pada usia 19 tahun! Doktor terus tegur suami - “Awak tak kesian kat dia?”

Pada masa sama, ramai yang turut mengecam suami wanita itu.

"Masa kau 'tadah' tak fikir trauma, tak fikir ngilu sebab koyak. Dah mengandung balik baru otak kau berfungsi?

"Suami kamu waras ke tak waras? Bini baru lepas beranak kot. Geram pula baca benda macam ni.

"Tak pantang (hubungan intim) 100 hari ke? Gelojoh sangat ni. Selamat bersalin," tulis netizen.

Banyak pertimbangan perlu dibuat sebelum suami isteri memutuskan untuk menambah bilangan anak. -Gambar hiasan

Di sebalik komen kecaman, ramai juga yang simpati dan memberi nasihat positif serta kata-kata sokongan buat pengadu.

"Awak okey kak? Suami paksa bersama ke ni? Ya Allah, tolonglah dia.

"Benda dah jadi. Tapi jangan gugurkan, kesian bayi. Insya-Allah ada hikmah lain.

"Koyak tahap empat tu. Semoga dah baik (sembuh) sebelum nak bersalin sekali lagi," tulis netizen.

 

Artikel Lain