SEORANG kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan pada lidah selepas mercun yang disangkanya gula-gula, meletup di dalam mulutnya.Kejadian berlaku di Guangdong, China, pada 21 Februari lalu. Menurut laporan, ketika kejadian, ibu kanak-kanak berkenaan sedang mengajarnya cara bermain dengan mercun tersebut.Walau bagaimanapun, sebaik sahaja si ibu meninggalkannya sendirian untuk seketika, dia memasukkan mercun itu ke dalam mulutnya kerana menyangka ia gula-gula.Mercun di dalam mulut kanak-kanak itu kemudian meletup, sekali gus menyebabkannya meraung kerana kesakitan. Ibu kanak-kanak tersebut bergegas keluar sebaik sahaja terdengar anak perempuannya menangis.Wanita itu dilaporkan meluahkan rasa kesal kerana tidak mengawasi anak perempuannya dengan teliti, namun bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak serius. -Agensi-Agensi