Rakaman yang tular memaparkan seekor anjing menggonggong kaki manusia berhampiran sebuah hospital di Shimla. -Foto NDTV
SATU rakaman memaparkan seekor anjing liar berjalan sambil menggonggong kaki manusia berhampiran sebuah hospital tular di media sosial, sekali gus mengejutkan warga maya. Kejadian itu dilaporkan berlaku berhampiran Atal Super Speciality Institute of Medical Sciences di kawasan Chamiyana, dekat Shimla, India. Susulan penularan video berkenaan sejak beberapa hari lalu, pihak pengurusan hospital melancarkan siasatan dalaman.Hasil siasatan mendapati kaki tersebut milik seorang pesakit lelaki berusia 61 tahun, yang dipotong dalam satu prosedur pembedahan pada 19 Februari lalu.Difahamkan, anggota badan yang dipotong itu disimpan di dalam sampul khas dan diletakkan di bilik stor hospital sementara menunggu pelupusan oleh agensi sanitasi yang dilantik.Bagaimanapun pada 23 Februari, pintu bilik stor berkenaan dipercayai tidak dikunci, menyebabkan seekor anjing liar berjaya memasuki stor sebelum keluar sambil membawa kaki tersebut.Difahamkan, pihak pengurusan hospital telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada penyelia serta pekerja sanitasi yang terlibat atas dakwaan kecuaian dalam pengurusan sisa perubatan.Kes berkenaan kini dalam perhatian pihak berkuasa bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. -Agensi