DALAM profesion perguruan, mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu.
Golongan pendidik juga perlu berdepan pelbagai cabaran termasuk menguruskan murid yang mempunyai masalah disiplin, sikap kurang ajar atau sengaja mengganggu suasana pembelajaran.
Berkongsi cabaran yang dihadapi, seorang guru turut meminta pandangan netizen tentang cara untuk menguruskan murid bermasalah.
"Dear teachers, macam mana anda atasi rasa benci dan marah kepada murid?

Kanak-kanak perlu dididik seawal usia bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan
"Saya bercakap pasal murid yang selalu cari pasal dalam kelas, yang memang secara terang-terangan kurang ajar," luahnya meminta pandangan di Thread.
Dakwa guru ini lagi, sikap dan tingkah laku murid tersebut menyebabkan rakan-rakan sekelas yang lain turut terganggu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Malah dia sendiri mengakui berdepan tekanan sehingga ingin mengambil cuti sakit supaya tidak bertemu dengan murid terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN: Geram cikgu asyik mengadu anak ‘panjang tangan’ di sekolah, ibu terus heret pergi balai… Tak banyak cakap, biar polis uruskan!
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pula kena jadi hamba dia” - Cikgu geram ibu murid minta ambil kek di pondok pengawal, rimas trend sambut birthday anak di sekolah
"Orang lain nak belajar tapi disebabkan dia, kau rasa turned off gila, rasa nak MC (cuti sakit) atau tak nak datang kelas.
"Saya perlu sangat nasihat tentang isu ni, dia seorang saja yang menjadi punca saya benci kerja ni sekarang," tambahnya sayu.
Perkongsian itu turut membuka ruang perbincangan sesama guru, dengan ramai memberi cadangan seperti menegur secara tegas atau melakukan kaedah reverse psychology.
- Profesion perguruan bukan sekadar mengajar, tetapi juga berdepan cabaran murid bermasalah, kurang ajar, dan mengganggu kelas.
- Seorang guru luah stres hingga terfikir nak ambil cuti sakit kerana tidak mahu berdepan pelajar yang sering cari pasal.
- Perkongsian guru cetus perbincangan; rakan pendidik cadang pendekatan tegas, ‘reverse psychology’, beri perhatian, dan fokus pada murid lain.
- Ada pandangan bahawa pelajar bermasalah kadang hanya mahukan perhatian, bukan semata-mata nakal.
- Guru tersebut mencuba beberapa tip yang dikongsi dan mendapati ia berkesan, sekali gus mengubah persepsi terhadap murid itu.
"Mula-mula rasa benci, lama-lama saya fikir tugas saya untuk mendidik bukan membenci. Jadi saya gunakan pendekatan reverse psychology, dua bulan juga untuk pelajar tu jadi minat belajar.
"Pernah panggil dia jumpa personally? Kadang-kadang dia nak perhatian, saya pernah mengurus golongan macam ni.
"Fokus pada pelajar lain dan tunjukkan yang awak mengawal kelas tu, bukan dia," demikian perkongsian pandangan beberapa guru.

Antara guru yang memberi nasihat dan pandangan di hantarannya.
Dalam hantaran berasingan, guru ini mengakui dia mencuba beberapa tip yang dikongsikan semasa sesi pengajaran pada pagi Isnin.
Dia akhirnya menemui jawapan dan mengakui bahawa murid terbabit bukanlah nakal tetapi mahukan perhatian.
"Terima kasih atas nasihat, saya baca satu per satu komen dan cuba beberapa kaedah dalam kelas, ia berkesan.
"Setiap komen sangat membantu, yang tegur, nasihat dan bagitahu pengalaman. Terbuka mata saya untuk faham daripada banyak perspektif.
"Ya, saya nampak yang dia nak perhatian," jelasnya.


