suria

Setiap pagi buat senaman kagel, tapi prestasi tetap tak memuaskan... Isteri buntu suami ‘kiok’ dalam 2 saat

Masalah di bilik tidur boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

SEGELINTIR lelaki yang berdepan masalah seksual memilih untuk berdiam diri kerana bimbang rahsia terbongkar atau maruah tercalar.

Namun jika dibiarkan berterusan, masalah ini sudah tentunya akan mengganggu dan menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Di platform X, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang suaminya yang mengalami masalah lemah tenaga batin.

The Dragon Year has historically set the high-water mark for total live births each decade in Singapore. -- The Straits Times/ANN

Masalah keseburan menyebabkan ramai pasangan gagal mendapat cahaya mata. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, masalah tersebut terus berlarutan walaupun suaminya sudah berusaha dengan melakukan senaman.

“Tolong, nak tanya. Suami saya terus ‘kiok’ lepas lima tujahan yang cepat. Tak sampai dua saat kot.

"Ada tak cara untuk suami saya tahan lama? Pagi-pagi dia buat senaman kagel, tapi (prestasi) sama je,” luahnya.

  • Lelaki yang hadapi masalah seksual sering berdiam diri kerana bimbang maruah tercalar.
  • Wanita tular di X dedah suami alami masalah lemah tenaga batin walaupun sudah bersenam.
  • Netizen kongsi pelbagai tip seperti hentikan video lucah, jaga pemakanan dan buat urutan.
  • Ada komen kontroversi cadang suami ambil minuman ketum untuk tambah tenaga.
  • Rata-rata netizen sarankan suami dapatkan rawatan segera demi keharmonian rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, pelayar X dilihat memberi sokongan terhadap pasangan itu dengan berkongsi pelbagai tip berguna.

“Tahniah. Hebatlah tu, lima tujahan dua saat. Nasihat umum, berhenti tengok video lucah. Berhenti onani. Yang lain automatik improve apabila yang tu dah buat.

“Nasihat untuk isteri pula, bersabarlah. Proses pemulihan akan ambil masa. Dua tahun, lima tahun atau tujuh tahun. Enjoy the process.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia macam susah nak serah tubuh” - Suami kecewa, bosan isteri asyik tunjuk sikap ‘malas’ di bilik tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 4 anak dedah cari lelaki muda selepas 14 tahun kahwin, suami cepat longlai setiap kali bersama

“Sementara tu, buatlah apa pun, nak mengurut ke, exercise ke, jaga pemakanan ke,” tulis seorang lelaki.

Seorang lagi individu turut meninggalkan komen kontroversi dengan mencadangkan suami pengadu mengambil minuman terlarang.

Member cakap minum air ketum, tenaga dalaman akan bertambah. Sebulan sekali okey kot minum. Jangan ketagih minum ketum sudah la.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI / The Star

Suami isteri perlu perlu berbincang jika mereka berdepan sebarang masalah. -Gambar hiasan

“Minum pun ada kuantitinya, bukan secawan. Lepas tu kesihatan tentulah kena jaga. Rule pertama, kencing amalkan (secara) duduk,” tulis seorang lagi lelaki.

Rata-rata pelayar X turut meminta suami pengadu untuk mendapatkan rawatan demi keharmonian rumah tangga mereka.

“Dua saat? Memang kena bawa jumpa pakar secepatnya. Memang kena dapatkan rawatan. Kagel je tak cukup.

“Tak normal tu, kena jumpa doktor,” pesan beberapa netizen lagi.

Artikel Lain