MASALAH dalam bilik tidur antara suami isteri boleh menjadi punca hubungan tidak bahagia, sekali gus membawa kepada perpisahan.
Di Thread, seorang suami turut berkongsi luahan hati mengenai isterinya yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri walaupun sudah empat tahun berkahwin.
Dalam hantaran itu, dia mendakwa isterinya langsung tidak memberi kerjasama di ranjang, malah perkara berkenaan berlarutan sejak awal perkahwinan sehingga sekarang.

Suami pastinya mendambakan layanan mesra daripada isteri. -Gambar hiasan
“Nak tanya, normal ke kalau isteri bermalas-malasan ketika hubungan seks? Saya tak tahu dia malas atau terlalu naif.
“Sudah empat tahun kahwin tapi masih tak tahu nak buat dan tak tahu kehendak saya semasa seks.
“Dia macam susah nak serahkan tubuh kepada saya. susah nak jelaskan sebenarnya. Saya pun dah bosan,” tulisnya.
- Suami luah isteri tidak beri kerjasama di ranjang sejak awal perkahwinan.
- Sudah empat tahun berkahwin tetapi isteri masih tidak tahu kehendak suami semasa hubungan intim.
- Lelaki itu tetap mahu mempertahankan rumah tangga walaupun kecewa dengan sikap isteri.
- Netizen beri pelbagai cadangan termasuk berurut dan berbincang secara serius.
- Netizen minta golongan isteri untuk melayani suami bagi mengelak masalah lebih besar.
Menjawab soalan netizen, lelaki itu berkata dia masih mahu mempertahankan perkahwinan dan tidak melihat perceraian sebagai jalan penyelesaian.
Malah kata lelaki itu, dia hairan dengan isterinya memandangkan wanita itu sihat tubuh badan dan sering bersenam dengannya.
“Saya sayang dia, tapi dia tiada usaha untuk perbaiki. Dah cakap tapi dia tak berubah. Dia seorang yang fit, kami selalu joging bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa pelik diminta layan nafsu suami secara VC, makin tak selesa tinggal bersama mentua - “Saya di Pantai Timur”
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”
“Entahlah, saya rasa dari awal lagi dia tak bersedia. Saya tak sanggup (berpisah). Saya kesian dekat dia, kesian dekat diri saya.
“Empat tahun pada orang lain mungkin sekejap, tapi banyak yang kami lalui bersama,” tulisnya lagi.
Hantaran itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya cuba memberi idea untuk lelaki tersebut menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Sesetengah pasangan memilih untuk memendam perasaan kerana malu berbincang soal seks. -Gambar hiasan
“Suruh dia pergi berurut. InsyaAllah, ikhtiar je. Kadang-kadang (masalah) dalaman wanita ni penyebab dia jadi malas.
“Tak mahu back up sesiapa. Tapi sebagai isteri, tolonglah layan suami. Nanti suami cari lain, mula la itu dan ini.
“Bagi kata dua. Nak perbaiki atau nak berpisah. Guna kuasa veto,” cadang beberapa netizen.


