APLIKASI janji temu menjadi pilihan ramai pada masa kini, sama ada untuk berkawan atau menjalin hubungan serius.
Namun, tidak semua individu yang menggunakan platform ini bersikap jujur mengenai status atau niat sebenar mereka.
Di Thread, seorang wanita turut berkongsi kisahnya yang pernah berkenalan dengan suami orang menerusi sebuah aplikasi.

Segelintir lelaki tidak membenarkan isteri memeriksa kandungan dalam telefon mereka. -Gambar hiasan
“Pernah kenal lelaki ni dekat satu aplikasi, tak tahu dia suami orang. Boraklah sampai terdetik nak tanya yang dia dah kahwin atau belum?
“Lepas tu dia kata dah kahwin. Saya tanya kenapa guna aplikasi ini? Dia kata cari teman borak sebab stres,” kongsi wanita itu memulakan cerita.
Dalam perbualan itu, lelaki tersebut turut bercerita mengenai sikap isterinya yang menjadi punca dia mula mencari wanita lain secara dalam talian.
- Wanita kenal lelaki melalui aplikasi janji temu tanpa mengetahui statusnya.
- Lelaki mengaku sudah berkahwin dan guna aplikasi untuk cari teman berbual.
- Dia cerita keburukan isteri sebagai alasan mencari wanita lain.
- Netizen kecam sikap lelaki yang salahkan isteri dan tak mahu membantu di rumah.
- Netizen gesa wanita itu hentikan hubungan dengannya.
“Dia kata, balik kerja, tengok isteri macam tak mandi. Rumah bersepah, anak-anak tak terurus. Jadi dia nak cari lain.
“Dia kata kalau dapat lebih daripada kawan pun okey. Bila tanya berapa orang anak, dia jawab nak masuk lima,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, kebanyakan wanita menyelar sikap lelaki itu yang tergamak bercerita buruk mengenai isterinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”
ARTIKEL BERKAITAN: Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja
“Ini contoh lelaki IQ rendah. Dah nampak isteri tak terurus, pergilah tolong dia.
“Diri sendiri pemalas, tak nak tolong. Akhirnya salahkan isteri.
“Daripada buang masa dekat aplikasi, baik tolong isteri dekat rumah,” tulis beberapa wanita.

Wanita bujang tidak sepatutnya menggatal dengan suami orang. -Gambar hiasan
Pada masa sama, netizen turut menggesa wanita itu agar berhenti berhubung dengan lelaki berkenaan.
“Penderma sperma memang macam tu. Jangan sesekali cari penderma sperma sebagai suami.
“Lari cepat, jangan tunggu. Serabut dengan bini tapi anak sampai lima,” tulis netizen lagi.


