TULAR di media sosial tangkap layar teks perbualan yang dipercayai antara seorang pekerja dengan pihak pengurusannya.
Hantaran ringkas yang bertujuan mengajak orang ramai supaya membincangkan tentang kandungannya turut menimbulkan reaksi kurang senang netizen.
Kebanyakannya membuat penilaian dan tanggapan sendiri berdasarkan mesej pada tangkap layar tersebut yang menunjukkan
seorang pekerja dinasihati majikannya berhubung permohonan cuti.
Ia berikutan, pengguna media sosial ini digambarkan sebagai seorang pekerja yang sering mengambil cuti sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekerjanya.

Perbualan mesej yang dikongsikannya mengundang pelbagai persepsi netizen.
"Tak aci (adil) pula asyik awak je cuti, mula-mula cuti sebab keguguran, kemudian cuti sebab anak awak.
"Tanya team, kalau semua tak ada nak cuti, baru awak boleh cuti," ujar majikannya itu.
Bukan sahaja membangkitkan cuti yang pernah diambil sebelum ini, majikannya berharap supaya dia lebih prihatin terhadap rakan sekerja dan membuat pertimbangan sewajarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bos busuk hati staf cuti bersalin, arah pergi kursus lepas habis pantang... Tak layan pekerja lain sukarela mahu ganti
ARTIKEL BERKAITAN: Hari cuti pun kena kacau! Petugas klinik naik meluat layan kawan ‘kaki MC’, sibuk nak tahu giliran doktor bertugas
Malah dia diminta untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan rakan sepasukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan cuti.
"Bukan saya cakap awak tak boleh cuti, saya cakap (maksudkan) awak bagi chance pada orang lain dulu, okay.
"Kalau mereka betul-betul tak mahu, awak boleh cuti," tambah majikannya itu.
- Mesej antara pekerja dan majikan mengenai permohonan cuti cetus reaksi kurang senang netizen.
- Majikan dakwa pekerja kerap bercuti (termasuk sebab keguguran dan anak) hingga ganggu rakan sekerja.
- Pekerja diminta dapatkan persetujuan pasukan sebelum cuti dan beri peluang kepada yang lain.
- Ada yang anggap majikan kurang empati, ada pula sokong demi keadilan sesama rakan sekerja.
- Cuti hak pekerja, namun perlu ada timbang rasa dan elak membebankan pasukan.
Di ruangan komen, pengadu menjelaskan bahawa cuti yang dimohon itu adalah untuk urusannya di kampung halaman dan dia ingin menggunakan hak yang diperuntukan kepadanya sebagai pekerja.
"Saya cuma nak guna AL (cuti tahunan) yang dah entittle untuk saya je. Cuti pertama sebab keguguran, kedua sebab anak kena penyakit tangan, kaki dan mulut.
"Terbaru sebab saya nak balik kampung atas urusan keluarga," ujarnya menjelaskan tentang cuti yang dipersoalkan itu.
Situasi tersebut mengundang perdebatan hangat, dengan ramai beranggapan majikan terbabit bersikap kurang empati terhadap pekerja yang berdepan situasi peribadi serius.

Warga maya menasihati dirinya supaya mengambil cuti berehat jika tidak dapat melakukan kerja.
Tidak kurang juga yang menasihati wanita ini supaya mengambil cuti berehat buat seketika sehingga masalah peribadi yang dialaminya dapat diselesaikan.
Bagi mereka, meskipun cuti adalah hak pekerja namun setiap individu perlu bertimbang rasa antara satu sama lain.
"Saya rasa bos awak tak salah, dia tegur secara baik dan awak pun tak salah sebab keguguran dan hal anak ni bukannya perkara yang boleh dijangka, tapi apa yang dia buat tu betul.
"Berhentilah kalau asyik cuti menyusahkan team, faham cuti memang sakit tapi kalau dah kerap sangat baik berhenti.
"Boleh pula cakap tak aci, anak sakit bukan saja-saja nak cuti, kalau syarikat macam ni... lebih baik berhenti dan utamakan keluarga.
"Aku pernah kerja dengan partner macam ni, cuti, MC, EL kemudian cuti bersalin tiga bulan. Sumpah burnout gila, hari-hari stres dan nangis sampai cycle period terganggu, people can be considerate, tapi lama-lama muak," demikian reaksi warga maya.


