KISAH mengenai jenazah Zara Qairina Mahathir yang dikatakan masih utuh walaupun sudah 23 hari dikebumikan terus menjadi perbualan netizen.
Di Facebook, seorang individu turut berkongsi kisah mengenai jenazah seorang hafizah yang tidak terjejas walaupun sudah meninggal pada tahun 80-an.
Menurut Alif Mahari, jenazah wanita tu disemadikan di sebuah kawasan dipanggil rumah kubur yang terletak di Kaherah, Mesir.

Bila tiba saatnya, hanya amalan soleh menjadi teman setia di alam abadi. -Gambar hiasan
Menurutnya, mayat akan dihimpunkan di dalam rumah kubur itu dan akan dibuka setiap kali adanya jenazah baharu.
"Waktu belajar di Mesir dulu, aku pernah tengok sistem kubur mereka yang unik. Ada pintu, ada dinding, ada bumbung.
"Bila kau masuk, ada pintu ke bawah tanah. Kalau ada jenazah baharu, barulah penjaga kubur pecahkan simen itu untuk masuk.
- Kisah jenazah Zara Qairina masih utuh tular di media sosial.
- Seorang lelaki kongsi kisah jenazah hafizah di Mesir kekal sempurna sejak 80-an.
- Jasad wanita itu disimpan dalam rumah kubur khas orang Melayu.
- Lelaki itu turut menggesa keadilan buat Allahyarham Zara
- Mahu individu bersalah diheret ke muka pengadilan.
"Terdapat satu rumah kubur khas untuk orang Melayu. Di sini, ada satu kisah yang ramai pelajar kita pernah dengar, malah ada yang lihat sendiri.
"Seorang muslimah, seorang hafizah 30 juzuk, meninggal dunia pada tahun 80-an. Setiap kali ada jenazah baharu dibawa masuk, bila pintu simen dipecahkan, orang akan ternampak jasadnya.
"Masih elok. Masih sempurna. Tak reput, tak hancur seperti baru dikebumi semalam," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Allahuakbar! Jasad Zara Qairina masih utuh walau selepas 23 hari dikebumikan
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat kubur sebelah muncul ketika gali liang lahad, mujur tak kena cangkul... Jenazah masih elok, penggali siap gosok kepala!
Menurut Alif, kejadian itu membuktikan Allah boleh memelihara jasad sesiapa yang dikehendaki-Nya dan ia merupakan bukti kekuasaan sang pencipta.
"Bila kau berdiri di situ (rumah kubur), rasa bergetar tulang. Kau tahu, ini bukan perkara mustahil. Allah boleh pelihara jasad siapa saja yang Dia kehendaki, dengan sebab amal soleh dan rahmat-Nya.
"Sebab itu, isu mayat kekal utuh bukan benda baharu bagi aku. Ada yang pernah tengok bukti. Ada yang pernah rasa sendiri suasananya," tulisnya lagi.

Kisah kematian Zara Qairina terus menjadi perbualan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan
Dalam hantaran sama, dia turut meluahkan harapan agar kes melibatkan Allahyarham Zara disiasat dengan telus bagi mencari keadilan sewajarnya.
"Tapi untuk kes arwah Zara, itu bukan fokus utama. Fokus kita adalah keadilan. Kita nak siasatan telus. Kita nak punca kematian jelas. Kita nak pihak yang bersalah diheret ke muka pengadilan.
"Jangan biarkan isu besar ini dialihkan kepada perdebatan reput atau tak reput. Arwah Zara perlukan suara kita untuk kebenaran. Keadilan itu lebih mahal daripada sekadar topik sensasi," tulisnya lagi.


