LUAHAN ramai wanita yang terperangkap dalam kemelut rumah tangga membuatkan pelakon Rita Rudaini terpanggil untuk memberikan nasihat berdasarkan pengalaman kisah silamnya. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 50, berpendapat anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mereka terus bertaham dan membiarkan diri diseksa secara mental mahupun fizikal. Menurut Rita, membesarkan anak dalam persekitaran keluarga yang tidak sihat hanya akan memberikan impak negatif kepada pembesaran dan emosi mereka apabila dewasa nanti. Rita berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Kadang-kadang orang perempuan ini dia fikir sayang dan kasihan dekat anak. Tak boleh! Kalau kita kasihan dekat anak kita kena keluar. "Kalau kita duduk dalam hubungan toksik itu, anak nampak dan mereka akan membesar dalam keadaan yang tidak elok."Jadi cepat-cepat keluar. Kalau sedar benda tu berlaku, cepat-cepat selamatkan diri dengan anak," katanya kepada mStar ketika ditemui semasa sesi fotografi drama terbarunya bertajuk Jiwa Seorang Pentaksub pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tegur tindakan tahan sijil, wang ganjaran pelajar cemerlang SPM kerana tunggakan PIBGARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini turun padang sokong program CSR sekolah anakMalah Rita turut berpendapat hubungan yang hanya diperjuangkan oleh sebelah pihak tidak akan membuahkan hasil."Takkan nak hadap lagi kan? Kalau sayang ini sepatutnya kena sama-sama. Bila seorang sahaja sayang tak jadi."Duduklah 10 tahun atau 15 tahun ke, kau akan mereput. Lebih baik sayang diri dulu. Bukan nak menggalakkan bercerai cuma itulah jalan terbaik," ujarnya.Rita akui tidak suka melihat golongan wanita ditindas. Dalam pada itu, Rita turut menasihati wanita agar membuang perasaan takut untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal."Positifkan diri, keluar, fikir bahawa diri kita ini boleh lakukan. Jangan fikir takut nak keluar (daripada toksik rumah tangga) sebab susah nak bertahan hidup atau apa-apa sahaja," tambahnya. Sebelum ini, menerusi laman Threads ramai wanita tampil bersuara mengenai hubungan toksik terpaksa mereka lalui dalam perkahwinan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!