suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita pertikai program simulasi haji di tadika, suruh cikgu fokus ajar solat sempurna

Program simulasi haji dalam kalangan kanak-kanak sering diadakan menjelang musim ibadah haji. -Gambar hiasan AI

PROGRAM simulasi haji dalam kalangan kanak-kanak khususnya di peringkat tadika sering kali diadakan menjelang musim haji sebagai satu bentuk pendedahan awal kepada rukun Islam kelima itu.

Namun, seorang wanita berpandangan bahawa keutamaan pendidikan agama kepada anak-anak kecil sepatutnya difokuskan kepada perkara asas terlebih dahulu seperti solat dan penjagaan aurat.

Menurutnya, kanak-kanak tidak perlu didedahkan terlalu awal tentang simulasi haji kerana ibadah berkenaan hanya diwajibkan apabila seseorang itu berkemampuan.

Bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak menunaikan kewajipan solat. -Gambar hiasan AI

Bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak menunaikan kewajipan solat. -Gambar hiasan AI

“Budak-budak tak perlu simulasi haji. Lebih baik utamakan ajar cara solat dengan sempurna.

"Haji wajib kalau mampu, Tabung Haji akan minta pergi kursus sebelum berangkat,” katanya mengutarakan pandangan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak puas hati cikgu tadika paksa bayar RM110 walau anak tak sertai rombongan... Rasa seperti kena scam!

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar mahal tapi cikgu tak ‘update’ gambar... Ibu terkilan anak ‘ghaib’ daripada grup WhatsApp tadika, macam tak wujud!

Hujah individu itu lagi, hakikat bahawa pada hari ini masih ramai golongan dewasa yang belum menguasai bacaan dalam solat dengan betul walaupun ia merupakan rukun qauli yang sangat kritikal.

“Ada yang dah tua pun masih tak tahu Al-Fatihah perlu dibaca dengan betul. 

"Wajib didengari setiap perkataan, bukan sekadar baca secara berbisik sampai perkataan tu menjadi makna lain," katanya.

Tambahnya, solat adalah kewajipan harian yang perlu dilakukan dengan sempurna sejak seseorang itu mencapai usia baligh berbanding ibadah haji.

"Solat dah wajib buat setiap hari dengan betul sejak capai umur baligh. Kemudian ajar dan didik anak untuk menjaga aurat," katanya.

  • Simulasi haji di tadika jadi perbincangan hangat.
  • Wanita berpandangan solat dan aurat lebih utama diajar.
  • Haji hanya wajib bagi yang mampu dan ada kursus rasmi.
  • Masih ramai dewasa didakwa belum betul bacaan Al-Fatihah.
  • Netizen beri reaksi berbeza terhadap pandangan itu.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan wanita itu agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu kerana program sedemikian hanya berlaku sekali dalam setahun.

"Tiada isu pun. Konsert akhir tahun, graduasi semua boleh buat tapi simulasi haji dijadikan masalah. 

"Ajar solat setiap hari, ajar haji pada musim haji. Tak ada yang salah. Nanti anak kena ingat Rukun Islam juga.

"Solat kena bermula dari rumah, lagi afdal ayah yang pimpin bukan cikgu di tadika," komen warga maya.

Artikel Lain