SETIAP anak pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menabur jasa bakti kepada ibu bapanya dalam apa sahaja urusan.Namun di sebalik setiap pengorbanan itu, hati seorang anak pasti akan terusik apabila perhatian yang diharapkan lebih mudah diberikan kepada orang lain. Itulah yang dipendam seorang individu yang hampir setiap tahun menemani ibunya menunaikan umrah.Meluahkan kesedihan yang dialami, dia mengakui sering berasa tersisih sebaik ibunya mempunyai teman baharu di Tanah Suci.Anak-anak pasti berasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama ibu tercinta. -Gambar hiasan AI"Hampir setiap tahun pergi umrah teman mak aku. Memang aku ni jenis yang layan dia betul-betul. Makanan aku ambilkan dan kalau tak larat terus ambil kerusi roda."Kat tangan aku pun sentiasa ada kerusi lipat supaya mak boleh duduk kalau dia penat," luahnya di Thread.Adunya lagi, sikap seorang pendiam membuatkan dia sentiasa fokus sepenuhnya pada keperluan ibunya.Namun malangnya, perhatian yang dicurah itu umpama dipersia-siakan apabila ibunya berkenalan dengan jemaah wanita lain.Seorang wanita luah rasa sedih ketika menemani ibunya menunaikan umrah.Usahanya menjaga kebajikan ibu termasuk mengambilkan makanan serta menyediakan kerusi roda dan kerusi lipat dirasakan seperti tidak dihargai.Pengadu mendakwa ibunya sering meninggalkannya apabila mempunyai teman baharu dalam kalangan jemaah wanita.Hatinya tergores apabila ibunya lebih ambil berat tentang teman baharu.Netizen bersimpati dan menyarankan mereka berbincang baik-baik.Ringkasan ini dijana oleh AILebih menggores hati, ibunya sanggup meninggalkannya dalam pelbagai situasi dan lebih mengutamakan jemaah yang sebaya dengannya itu."Apabila budak tu demam, mak aku sibuk carikan ubat tapi kalau aku... dia buat tak nampak je."Kebiasaannya sebelum pergi masjid, aku akan tunggu mak tapi kalau aku terlambat dia akan terus pergi dengan budak tu, macam tu juga masa beli jubah atau apa-apa," tambahnya sayu.Mengakui dirinya didera secara emosi, ujar wanita ini, dia tetap meneruskan perancangan melaksanakan ibadah pada tahun hadapan meskipun ibunya membatalkan perjalanan.ARTIKEL BERKAITAN: Abang long ‘ghaib’ hampir setahun selepas kematian ibu, tiba-tiba buat kemunculan tanya khabar... Adik syak ada kaitan harta pusakaARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik hati rasa tak suka, rimas dengan ibu sendiri... Sosok tua jadi tempat lepas amarah - “Kadang kesian tengok mak”Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dialami."Mungkin mak tak sedar dia buat perangai macam tu kat awak, apa kata cuba tanya dia baik-baik sebab orang tua mudah lupa."Bagusnya awak, semoga syurga untuk awak kerana bersabar dengan ibu sendiri, tak semua anak mampu seperti awak."Teringat arwah mak saya, selalu makan hati dengan perangai arwah nenek saya sejak kecil," demikian reaksi netizen.