suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki direman 4 hari, bantu siasatan kes simbah cecair busuk pada karpet ruang solat masjid

Imej lelaki disyaki menceroboh masjid yang dikongsi Polis Tumpat.

SEORANG lelaki direman empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kes khianat di sebuah masjid di Kampung Berangan di Tumpat, Kelantan.

Perintah reman sehingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Bharu, petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bertopi keledar dipercayai pecah pintu kaca masjid, simbah cecair busuk pada karpet ruang solat

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

mStar pada 5 Oktober melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dalam sebuah masjid di Tumpat..

Pihak berkuasa menerima maklumat awam berhubung kejadian di Masjid Al-Aziz Al-Hadi itu pada pukul 6.35 pagi.

Pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid dipecahkan dan terdapat cecair berwarna coklat kehijauan serta berbau kurang menyenangkan dituang pada permaidani di ruang solat.

Artikel Lain

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia