suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki bertopi keledar dipercayai pecah pintu kaca masjid, simbah cecair busuk pada karpet ruang solat

Imej lelaki disyaki menceroboh masjid yang dikongsi Polis Tumpat.

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dalam sebuah masjid di Kota SPP Warisan di Tumpat, Kelantan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian di Masjid Al-Aziz Al-Hadi itu pada pukul 6.35 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid dipecahkan dan terdapat cecair berwarna coklat kehijauan serta berbau kurang menyenangkan dituang pada permaidani di ruang solat.

"Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mendapati seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu," katanya dalam kenyataan.

Mohd Khairi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 KK, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek, motif kejadian serta jumlah kerosakan atau kerugian yang dialami.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat di talian 09-725 6226," katanya.

Artikel Lain