SEORANG warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town atas dua pertuduhan merogol dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang remaja perempuan, minggu lalu.Tertuduh, Chuah Cheng Seng, 71, membuat pengakuan itu pada Selasa selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Hokkien di hadapan Hakim Juraidah Abbas. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 18 tahun di dalam tandas lelaki, tingkat dua di sebuah pusat beli-belah kira-kira pukul 4.30 petang, pada 1 Oktober lalu.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaannya di lokasi dan masa sama dengan pertuduhan pertama.Bagi kesalahan itu pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh diwakili peguam peguam K. Mahendran.Ketika prosiding Anuarul Hakim menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan mangsa, lapor diri di balai polis setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.Bagaimanapun, Mahendran memohon jumlah jaminan minimum atas alasan anak guamnya sudah berusia, tidak bekerja dan kini ditanggung oleh anaknya yang bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 bagi semua pertuduhan oleh seorang penjamin warga Malaysia dan mengarahkan tertuduh melapor diri ke balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 16 November depan sebagai tarikh serah serahan dokumen.Sebelum ini media melaporkan seorang pekerja kedai makan berusia 71 tahun direman selama tujuh hari kerana disyaki merogol anak perempuan majikannya berusia 18 tahun di dalam tandas sebuah pusat beli-belah.