suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal selepas bergaduh... Remaja lelaki hubungi polis, beritahu teman wanita tak sedarkan diri atas katil rumah sewa

Bedah siasat dibuat bagi mengetahui punca sebenar kematian. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang remaja lelaki menghubungi talian kecemasan membongkar satu insiden pergaduhan yang membawa kepada kes kematian di sebuah rumah sewa di Jalan Air Putih 2 di Kuantan, Pahang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, panggilan diterima kira-kira pukul 4.32 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, polis menemukan seorang pelajar wanita berusia 19 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik sewa di aras bawah rumah berkenaan.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil.

“Pemeriksaan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati kesan tekanan pada bahagian leher sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ashari, hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada pertengkaran antara suspek yang juga berusia 19 tahun dengan mangsa.

“Pasukan forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit K9 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut hadir menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi.  

“Suspek sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh sehingga 12 Oktober ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mangsa akan dibuat di Jabatan Forensik HTAA bagi menentukan punca sebenar kematian.

"Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi dan mendapatkan laporan forensik kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana boleh menjejaskan siasatan," katanya.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit diminta tampil membantu dengan menghubungi polis.

Artikel Lain