suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pempengaruh Isa Isarb terjah Cox's Bazar... Bongkar taktik Rohingya guna pasport palsu Bangladesh, senang keluar masuk Malaysia!

Isa Isarb (kiri) berkongsi pengalamannya di Cox's Bazar di saluran YouTube.

TAKTIK etnik Rohingya yang didakwa menggunakan identiti penduduk tempatan di Bangladesh bagi mendapatkan dokumen penting seperti kad pengenalan dan pasport sebelum keluar ke negara lain mencetuskan keresahan ramai.

Pendedahan mengenai taktik berkenaan dikongsikan oleh seorang warga Bangladesh sewaktu ditemui pencipta kandungan terkenal dari Malaysia, Isa Isarb, yang turun sendiri ke negara Asia Selatan itu bagi melihat lebih dekat isu membabitkan etnik berkenaan.

Menurut lelaki dari Dhaka itu, penduduk Bangladesh pada awalnya boleh menerima kehadiran masyarakat Rohingya ke negara mereka, namun pertambahan populasi yang mendadak membuatkan mereka mula berasa tidak selesa.

"Sekarang mereka semakin ramai di negara kami, jadi ia menjadi isu yang besar. Dulu jumlah mereka sekitar satu juta sahaja sekarang lebih daripada dua juta," katanya [Tonton Video].

Rungutan warga Bangladesh atas kebanjiran masyarakat Rohingya di negara mereka.

Rungutan warga Bangladesh atas kebanjiran masyarakat Rohingya di negara mereka.

Lebih memburukkan keadaan, lelaki itu mendakwa etnik buangan dari Myanmar itu semakin berani apabila mula mengaku sebagai warga tempatan.

"Ia menjadi semakin buruk, mereka datang dan kemudian mengaku sebagai warga Bangladesh. Mereka buat kad pengenalan palsu, pasport palsu dan kemudian pergi ke luar negara dengan identiti kami," katanya.

Pembongkaran itu dikongsikan menerusi video di saluran YouTube Isa Isarb bertajuk Kami Pergi Ke Kampung Rohingya!! yang dimuat naik pada Isnin.

Menerusi perkongsian video berdurasi lebih dua jam itu, Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman bersama seorang lagi pempengaruh, Mohammad Badrul Ridzuan Mohamad atau Awie MBR turut menerjah perkampungan etnik Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh.

Isa turut menemubual seorang lelaki Rohingya yang mengaku menggunakan pasport negara itu untuk ke luar dan masuk ke Malaysia.

Menurut lelaki itu, dia pada awalnya berada di Malaysia tanpa memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

“Tak ada pasport, tak ada apa-apa,” katanya ketika ditanya mengenai dokumen yang digunakannya ketika berada di Malaysia.

Apabila ditanya bagaimana dia boleh kembali ke Bangladesh, lelaki itu mendakwa dia menggunakan pasport negara berkenaan yang diperoleh melalui pihak kedutaan dan imigresen.

“Saya guna pasport Bangladesh. Dapat daripada kedutaan dan imigresen,” katanya yang turut mengakui tidak mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Jelasnya, urusan mendapatkan dokumen berkenaan dibantu oleh ibu bapa yang menetap di Bangladesh.

Dia kemudiannya menggunakan pasport Bangladesh tersebut menaiki penerbangan dan melepasi kawalan imigresen untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Malah, apabila ditanya sama ada dia pernah ditahan oleh pihak imigresen sewaktu memasuki Malaysia, lelaki itu hanya menjawab ringkas "tidak".

Perkongsian Isa ini membuktikan bagaimana kehadiran etnik Rohingya terus menjadi polemik berikutan pelbagai masalah sosial dan tindakan pencerobohan sempadan tanpa izin.

Ia sekali gus meletakkan tekanan terhadap aspek keselamatan serta kedaulatan negara penerima.

Artikel Lain