SEORANG pelajar Tingkatan Satu cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Kulim, Kedah pada Ahad.Remaja berusia 13 tahun itu mengalami pendarahan otak serta patah tulang muka serta kaki, dan kini dirawat di zon merah hospital. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian di sebuah sekolah di Kulim, Kedah itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang pada 4 Oktober.Menurutnya, pelajar berkenaan ditemukan terbaring di atas tanah berhampiran tangga Blok E sekolah tersebut."Seorang guru menyedari kejadian itu dan memaklumkan kepada penolong kanan sesi petang sebelum menghubungi polis."Menurut guru berkenaan, pelajar itu masih sedar dan boleh bercakap ketika ditemukan sebelum dibawa ke Hospital Kulim," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Syamsul berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kejadian.Susulan itu, beberapa individu, termasuk ibu bapa pelajar berkenaan, turut dipanggil untuk memberikan keterangan.Kes disiasat mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.