suria

“Kami ada berhubung tapi tak sekerap dulu” - Hefny Sahad tak mungkin kembali bercinta dengan Uqasha Senrose

Hefny akui selesa berkawan dengan Uqasha.

MESKIPUN sudah tiada sebarang hubungan istimewa dengan Uqasha Senrose, pengacara Hefny Sahad mengakui dia masih berkomunikasi dengan aktres tersebut.

Hefny bagaimanapun berkata, mereka hanya berhubung dan bertanya khabar melalui aplikasi sembang.

"Kami ada berhubung untuk bertanya khabar mungkin dua atau tiga bulan sekali.

"Itupun hanya melalui Whatsapp dan bukanlah kerap macam dulu-dulu. Sesekali saja!

Hefny dan Uqasha pernah digosipkan bercinta.

"Kami masih berkawan dan tak mahu ada sebarang masalah sebabnya industri kita ni kecil saja, pergi mana-mana pun akan jumpa," katanya kepada mStar.

Hefny ditemui di majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.

Majlis terbabit turut dihadiri oleh pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang dan rakan-rakan artis lain seperti Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan Farhan Asri.

Ditanya mengenai cadangan peminat yang mahu dia kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Uqasha, Hefny berkata perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Hefny rapat dengan keluarga Uqasha.

Ujarnya, dia lebih selesa hidup solo dan mahu memberikan tumpuan terhadap karier seni.

"Rasanya saya dengan Uqasha hanya sesuai jadi kawan, bukanlah serik cuma kami tahu hala tuju sebagai kawan.

"Jadi kawan ni lagi senang, lagipun tak ada masalah kalau kami nak lepak bersama dan saya pun memang rapat dengan famili dia.

"Sekarang ni saya masih solo dan sibuk dengan kerjaya seni. Saya mahu fokus dengan karier," katanya.

Hefny Sahad, Uqasha Senrose

Artikel Lain