Ismail Izzani cabar keluarkan versi penuh video bogel didakwa miripnya

Ismail kesal fitnah miliki video bogel.

PENYANYI Ismail Izzani menafikan dirinya adalah individu dalam video bogel yang tersebar di laman sosial dan menganggap paparan skrin video lucah itu sebagai suatu perkara lucu.

Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, berkata dia turut berasa kesal atas penyebaran gambar berkenaan dan mencabar individu terbabit mengeluarkan video penuh yang didakwa miliknya.

“Bagi saya benda ini kelakar dan bukan sesuatu yang berat. Zaman sekarang ni apa-apa pun boleh jadi.

“Saya yakin orang yang tengok akan tahu itu bukan saya. Kalau betul, beri saya video penuh itu, saya nak tengok,” ujarnya kepada mStar.

Ismail ditemui ketika bersama-sama menjayakan kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Rabu.

Ismail nafi dia individu dalam video lucah berkenaan.

Tambah Ismail, dia pernah menghubungi individu berkenaan secara peribadi namun tidak dibalas.

“Saya hubungi dia sendiri di Twitter untuk minta video tapi tak balas. Tak habis-habis cakap ada video tapi dia hanya bagi screenshot sahaja. Saya geram bila ada orang cakap lepas Aiman Tino, Ismail Izzani pula.

“Lepas tu ada Tweet cakap bila dah buat taknak mengaku. Bila dah kantoi cakap orang edit. Saya ada rasa takut sebab mereka buat benda ni sampai tahap boleh edit dan sebarkan ia. Ada kesungguhan sunting video itu.

“Kalau ada sekalipun, itu bukan saya. Kalau ya pun edit la gambar tandas hotel kasi cantik. Ini tandas awam dia beri,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata ia bukan perkara mudah untuknya berdepan situasi seperti itu namun mengaggap ia sebagai dugaan buat dirinya.

“Perkara itu sangat berat dan untuk saya bukan mudah untuk berdepan.

“Malah saya tahu ia bukan mudah untuk sesiapa pun jika berdepan situasi sama. Kita cuma perlu bersabar dan anggap ia sebagai dugaan,” katanya.

Ismail Izzani

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain