Nak jadi ahli baharu Blackpink, Puteri Aishah ditegur pakaian nampak pusat

Netizen menegur cara pakaian Puteri Aishah. Foto Instagram @puteriaishahofficial

PELAKON Puteri Aishah mencuri tumpuan pengikutnya di laman Instagram apabila menulis kapsyen mengenai kumpulan Kpop popular, Blackpink.

Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 24, secara bergurau memberitahu dia merupakan ahli baharu kumpulan tersebut.

"New Blackpink member, rum pum pum pum pum pum (lirik dalam lagu Kill This Love)," tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan pengikut ialah mengenai fesyen yang digayakan oleh pelakon filem Pulang ini.

Sebahagian komen netizen.

Rata-rata netizen menegur pakaian yang digayakan kurang sesuai kerana kelihatan agak seksi dan mendedahkan aurat.

"Malas nak cakap banyak, harap awak berubah satu hari nanti, saya doakan! Panas ke pakai baju tutup aurat, susah ke nak ikut peraturan agama.

"Harap diberi petunjuk hidayah, akhlak yang baik ialah Islam bukan budaya barat.

"Pakaian tu jaga sikit, nampak pusat! Tutuplah aurat tu sis," komen netizen.

View this post on Instagram

new blackpink member ? rum pum pum pum pum pum pum ???

A post shared by Official Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on

Meskipun ruangan komen dibanjiri dengan teguran dan kecaman, ada juga pengikut yang memberikan komen positif dan memuji kecantikan aktres ini.

"Jangan hakimi orang ya, kita tak tahu pengakhiran setiap orang, kita doa je baik-baik. Love Puteri Aishah!

"Lantaklah orang nak kata apa, awak cantiklah... macam Lisa (Blackpink)," kata peminat.

Sehingga kini, foto tersebut menerima hampir 50,000 tanda suka dan lebih 800 komen daripada pengikut.

Puteri Aishah

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain