“Saya tidak dilahirkan cerdik atau bernasib baik” - Soo Wincci cipta dua rekod dalam Malaysia Book Of Records

Soo Wincci akui pernah hampir berputus asa disebabkan masalah yang perlu dihadapinya selama dua tahun di Sepanyol.

PENYANYI dan pelakon Dr. Soo Wincci meluahkan rasa syukur apabila berjaya menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) iaitu sebagai 'Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen' dan 'Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artis'.

Wincci, 33, berkata, pencapaian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dia juga hampir berputus asa kerana terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang dua tahun menyambungkan pelajaran di Berklee Valencia, Sepanyol.

"Bagi saya, kali ini dua tahun di Sepanyol memang banyak cabaran dan terpaksa melepaskan segalanya di Malaysia untuk beri tumpuan sepenuhnya di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Soo Wincci Sambung Belajar Lagi

"Saya juga pernah berasa ingin putus asa disebabkan banyak sangat masalah yang perlu dihadapi tapi apa yang saya belajar, kena teruskan juga.

Soo Wincci syukur pengorbanannya selama dua tahun berbaloi.

"Jangan takut untuk jatuh dan sentiasa belajar untuk bangkit semula biarpun bukan mudah berada di luar negara sendirian," kata Wincci ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Wincci berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Muzik Langsung (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Teknologi & Inovasi Muzik (Berklee Valencia, Sepanyol).

Sebelum ini, Wincci yang juga pernah menerima gelaran Miss World Malaysia pertama menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada 31 Oktober 2016.

Selain itu, dia juga berjaya memperoleh PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-undang (University of Reading, United Kingdom).

Dalam pada itu, Wincci memberitahu dia sememangnya sudah menyimpan impian untuk mengharumkan nama negara di persada dunia sejak mula menceburi bidang seni.

Soo Wincci bakal menyambung pelajarannya di Sepanyol pada September depan.

Wincci juga berharap agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang akan terus menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi kerana beranggapan pendidikan itu sangat penting dalam kehidupan.

"Sejak mula ceburi bidang seni, saya memang berhasrat nak mengharumkan nama negara di persada dunia dan saya sentiasa mengambil langkah satu demi satu tanpa menggunakan jalan singkat.

"Walaupun pendidikan itu bukanlah segalanya tapi ia juga sangat penting dalam kehidupan. Saya tidak dilahirkan cerdik atau mempunyai nasib yang baik tapi kena sentiasa belajar.

"Saya harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang terus mencari ilmu pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi kerana ilmu seperti cahaya dalam kehidupan," ujarnya.

Wincci akan menyambung pelajaran PhD kedua dalam jurusan Artistic Produksi di University of Polytechic di Sepanyol bermula pada September depan.

Dr. Soo Wincci

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain