suria

Soo Wincci Sambung Belajar Lagi

Soo Wincci melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muzik di Berklee College of Music kampus Valencia, Sepanyol.

PENYANYI dan pelakon Dr. Soo Wincci nampaknya masih belum puas menimba ilmu apabila dia bakal melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah muzik terkenal dunia iaitu Berklee College of Music.

Menerusi perkongsian berita gembira itu di Instagram, Wincci, 32, berkata, dia sudah 10 tahun berhasrat untuk memasuki universiti berkenaan dan akhirnya impian itu tercapai.

"Saya tidak dilahirkan dengan bakat jadi saya perlu bekerja lebih keras daripada orang lain untuk mencapai sesuatu.

"Sudah 10 tahun saya tanam hasrat untuk mendapat tawaran masuk ke universiti muzik Hollywood yang saya impikan iaitu Berklee," tulisnya.

Wincci akan mengambil kursus Sarjana Muzik dalam pengkhususan Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi di kampus Berklee College of Music di Valencia, Sepanyol.

Oktober lalu Wincci bergelar doktor falsafah (PhD).

Dalam pada itu, pada perkongsian sama, Wincci mengakui peluang menyambung pengajian itu datang dengan pelbagai cabaran besar namun nekad demi mencapai cita-cita sebagai pengarah muzik.

"Walaupun peluang ini datang dengan pelbagai cabaran yang lebih besar tapi kali ini saya nak ambil risiko ini dan cabarkan diri sendiri untuk menjadi seorang pengarah muzik!," tulisnya.

Oktober tahun lalu, Wincci bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Pada majlis sama, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama menerima PhD oleh Malaysia Book of Records.

Wincci juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

I know that I am not naturally gifted, hence I needed to work extra hard and take the longest route. Been planting for this golden ticket into my dream Hollywood Top Music School which is Berklee for almost 10 years & this arrived at one of my toughest time in my career, I know it will be extra risky and hard for me to leave now due to loads of reality factors but I am going to just let go and risk it by working extra hard to push my limits and challenge myself to become a Music Producer (Plz subscribe to my new Soo Wincci Official YouTube channel at my bio to follow my new online #InwinccibleMusic reality show in building my crazy music dream, I hope to share as much with u all and each of ur views meant a lot to.me) 我天生就没有才华所以必须比别人更努力去学东西。这张入场卷种了10年,虽然来的时间有点不是很好,但是还是选择了放下一切重新去冒险还有挑战去当一位音乐制作人 (请陪我一起去追梦,记得subscribe我的全新Soo Wincci Official Channel, 我会陆续分享更多!) Wincci tak dilahirkan dengan bakat jadi Wincci perlulah berkerja lebih keras daripada orang biasa utk mencapai sesuatu. Wincci dah tanam selama 10 tahun hanya utk dapatkan tawaran masuk ke university muzik Hollywood yg Wincci impikan ini iaitu Berklee. Walaupun peluang ini datang dengan pelbagai cabaran yg lebih besar tapi kali ini Wincci nak ambil risiko ini dan cabarkan diri sendiri utk menjadi seorang Producer Muzik! (Sila Subscribe "Soo Wincci Official" YouTube Channel yg terbaru kat bio ya, Wincci akan berkongsi lebih banyak !) #InwinccibleMusic #Music #Production #MusicProducer #Producer #Dream #Berklee #Hollywood #valencia

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Emma Maembong Sakit

Artikel Lain