suria

“Next step rujuklah” - Radhi (OAG) janji buat 'manifesto' baru, pujuk bekas isteri

MASALAH rumah tangga vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi dan isteri Nur Shahira Ayu berakhir apabila pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dilakukan oleh Radhi pada 25 Mac lalu.

Sebelum ini, Radhi menerusi keterangan pada 24 Jun memberitahu mahkamah dia tidak mengingati lafaz cerai dibuat, namun akhirnya menukar kenyataan.

Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

TONTON VIDEO PENUH TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Radhi OAG


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi