suria

Ammar tuntut layanan sama rata, jangan asyik pandang artis gred A - “Saya tidak cemburu atau dengki dengan rezeki mereka”

Ammar (kanan) mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak lapan tahun lalu.

RUNGUTAN demi rungutan kedengaran dalam kalangan anak seni tentang nasib mereka tatkala berdepan saingan dengan kehadiran pelakon baharu dalam kalangan personaliti media sosial.

Bukan menidakkan rezeki mereka, sebaliknya pelakon yang juga bekas penyampai radio Hot FM, Azizul Ammar Abu Hassan, 34, berkata beberapa pelakon yang kurang dikenali sepertinya semakin dipandang sepi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Watson Nyambek, Ammar dedah pernah diugut bunuh

"Kadang-kadang saya tak tahu macam mana industri kita labelkan seseorang artis itu gred A... berdasarkan apa? Adakah populariti atau jumlah pengikut di media sosial?

"Saya bukan nak kata golongan macam saya dipulaukan tetapi kalau kita tengok artis yang dikatakan gred A ini lebih mendapat perhatian orang ramai serta pihak media.

"Kadang-kadang perhatian yang diberikan tidak sama rata sedangkan kami juga anak seni," katanya ketika dihubungi mStar.

ammar1

Perkongsian Ammar di Instagram.

Sebelum ini Ammar memuat naik posting di Instagram yang berbunyi seperti 'putus asa' untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni.

"Apa khabar bakatku? Sekadar boleh diasah secara teori, tanpa ada padang untuk mengaplikasikannya.

"Tanpa ada peluang untuk kembangkannya kerana bakatku, rupaku, followers bukan pilihan stesen (TV), brand, pengarah dan penerbit.

"Apabila ada rezeki yang cuba masuk, terhenti kerana kriteria-kriteria di atas," katanya.

Saya harap pelapis-pelapis baharu ini dapat improve lagi dengan sertai mana-mana kelas lakonan.

AMMAR

PELAKON

Menurut Ammar lagi, dia tidak cemburu dengan peluang yang diberikan kepada pelakon baharu malah gembira dengan kehadiran mereka sebagai pelapis.

"Sekarang lebih senang nak jadi artis, kalau mereka famous di media sosial, nanti akan ada penerbit yang ambil berlakon.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tidak pernah sesekali cemburu atau dengki dengan rezeki mereka... setiap orang ada rezeki masing-masing.

"Cumanya saya harap pelapis-pelapis baharu ini dapat improve lagi dengan sertai mana-mana kelas agar mutu lakonan mereka dapat dipertingkat dari masa ke masa," katanya.

ammar

Sabri Yunus antara idola Ammar dalam bidang seni.

Mengakui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit memberi kesan, Ammar bagaimanapun bersyukur dia masih mampu bertahan.

"Jika kita rasa terkesan, ada orang lain di luar sana lagi terkesan. Kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang yang lebih susah.

"Saya bersyukur bukan jenis pemboros sebab saya faham kadang-kadang dalam hidup ini kita ada fasa untuk merasa. Fasa itu dah berlalu dalam hidup saya.

"Sekarang saya fokus untuk jangka masa panjang dan dalam dua atau tiga tahun lagi saya rancang untuk sambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang seni. Mungkin lepas ini, kalau ada rezeki saya nak jadi lecturer untuk kongsi pengalaman secara pratikal berkaitan industri ini," katanya.

Bakat Ammar digilap dalam program realiti, Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 pada tahun 2013 menerusi kumpulan Titan yang disertainya bersama Issey.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain