suria

Zee Avi dah kahwin, pilih jejaka Jepun jadi suami

Zee Avi kini sudah bergelar isteri kepada Kenji Matano.

PENYANYI Zee Avi selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka kelahiran Jepun dikenali Kenji Matano.

Zee atau nama sebenar Izyan Alirahman, 35, dan Kenji selamat diijabkabulkan di sebuah surau di Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.

"Ya saya sudah bernikah pada 22 November. InsyaAllah, satu sidang media berhubung perkahwinan kami ini akan diadakan dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “This is not cool! Tolonglah berilmu sedikit” - Zee Avi mengamuk guna lagu tanpa kebenaran, tak sensitif isu hak cipta walaupun tukar lirik

ARTIKEL BERKAITAN: Zee Avi tak gemar barangan mewah... Cukup dapat pemuda bersifat 'ringkas'

Sebelum itu, menerusi Instastory Zee Avi memuat naik video ringkas menyatakan sesuatu akan berlaku pada hari ini.

"Today is the day," katanya yang turut berkongsi soal jawab bersama pengikutnya meminta mereka meneka apakah yang akan berlaku pada hari ini.

Satu sidang media berhubung perkahwinan kami ini akan diadakan dalam masa terdekat!

ZEE AVI

PENYANYI

Dia juga berkongsi video menunjukkan jari manisnya yang sudah disarung dengan cincin.

Menerusi laporan media pada 2019, penyanyi lagu Kantoi ini memberitahu dia mencari calon suami yang unik dan memahami kerjayanya sebagai anak seni.

zee 1

Perkongsian Zee di Instastory mengenai hari bahagianya.

"Saya mencari lelaki yang unik. Lebih penting, kami sekepala dan dia mesti faham kerjaya saya sebagai anak seni. Apapun, saya tertarik dengan jejaka yang boleh terima makanan kegemaran saya iaitu ulam.

"Jangan salah faham, saya okay kalau dia bukan orang seni. Yang penting, dia terima kerjaya sebagai komposer dan sering menghabiskan masa di dalam studio. Dalam studio, biasanya ramai lelaki. Saya harap si dia nanti seorang yang memahami," katanya.

Zee Avi yang mencipta nama di Amerika Syarikat sebelum ini pernah popular sinonim dengan bakat bermain alat muzik ukulele.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain