suria

Niena Baharun kongsi anak 3 tahun belum lancar bercakap tapi dah pandai mengaji... Sanggup tahan mata tengah malam nak baca al-Quran

Keletah anak lelaki Niena mengaji tengah malam mencuit hati netizen.

BAHARU berusia tiga tahun, kaletah lucu anak pelakon Datin Niena Baharun iaitu Adiel Mikael yang gemar belajar mengaji al-Quran pada lewat malam cukup mencuit hati.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 28, memberitahu anak sulungnya itu sanggup menahan mata hanya kerana ingin mengaji.

ARTIKEL BERKAITAN: Niena Baharun tinggalkan kondo mewah demi mentua, selesa duduk ramai-ramai - “Hidup empat beranak je bosan juga”

"Dia buat perangai tidak mahu tidur, sebaliknya hendak mengaji pukul 12 tengah malam. Walaupun dah suruh masuk tidur namun dia tetap degil nak mengaji.

"Akhirnya, saya pun melayan dia mengaji biarpun sudah tengah malam dan sudah lepas waktu tidurnya. Tiba-tiba mainan yang dipegang sambil mengaji terjatuh sebab dah mengantuk.

"Tapi tetap tidak tahu sama ada nak teruskan mengaji atau mengutip mainannya yang jatuh itu," kata pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu.

Sebelum ini, Niena pernah berkongsi di akaun Instagram memberitahu anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci al-Quran setiap pagi.

Dalam pada itu, Niena meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga semakin lancar membaca surah meski masih belum fasih bertutur dengan baik.

Niena 1

Niena bersama dua orang anaknya.

"Walaupun Adiel baru masuk tiga tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju je dia boleh ‘pick up’.

"Kadang-kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Ini semua adalah anugerah Allah," kongsi Niena lagi.

Untuk rekod, Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael dan Alyssa Marissa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain