suria

Naim Daniel syukur Purnama antara 10 lagu awal layak ke SFMM36, bersaing dengan Mimpi (Haqiem Rusli) dan Salahku (Yonnyboii)

Naim tetap terus berkarya jika lagunya tidak berjaya ke AJL.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

LAGU nyanyian penyanyi Naim Daniel berjudul Purnama antara 10 lagu pertama yang diumumkan layak mara ke Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36).

Percaya pada rezeki, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik untuk lagunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Petikan gitar ganggu vokal punca ‘Sembah’ gagal ke AJL35, Naim Daniel keliru penjelasan juri - “Anugerah nilai melodi dan lirik bukan vokal”

Biarpun lagu Sembah ciptaannya gagal ke Anugerah Juara Lagu 35 pada tahun lalu, penyanyi berusia 24 tahun ini tetap bersyukur karyanya masih diterima masyarakat.

Naim 2

Naim akan terus berkarya.

"Bila dah sampai ke tahap ini, saya hanya mahu enjoy dan percaya, ada rezeki Alhamdulillah tapi kalau tak ada, saya tetap akan terus berkarya.

"Saya suka letakkan keikhlasan dalam setiap persembahan. Tak kisah la ketika semi final atau AJL. Ikutkan tahun lalu, saya bukan la kecewa lagu tak dapat masuk.

"Kita tahu adat bertanding menang atau tidak berjaya. Tapi jika rezeki lagu itu sampai situ tapi masih dapat didengari dan diterima masyarakat, saya rasa itu pun dah cukup satu kepuasan untuk diri saya sendiri," ujarnya.

Saya suka letakkan keikhlasan dalam setiap persembahan.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Selain itu, lagu Cikadun (Floor 88), Coretan Pilu (Datuk Awie), Lenyap (Usop) dan Mimpi nyanyian Haqiem Rusli turut berjaya ke SFMM36.

Empat lagi lagu yang turut bertanding di pusingan separuh akhir itu termasuklah Penat (Andi Bernadee), Bujang (Hael Husaini), Rindu Separuh Nyawa (Naqiu & Vanessa) dan Salahku (Yonnyboii).

Pengumuman yang dibuat oleh pengacara Muzik Muzik 36 iaitu Alif Satar dan Sissy Iman itu dibuat menerusi sidang media yang diadakan secara maya bersama media pada Sabtu.

Naim 1

Hael dan Haqiem akan berentap di pentas SFMM36.

Suasana studio turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Baby Shima dan Naim Daniel.

20 buah lagu yang akan turut berentap di pentas SFMM36 akan diumumkan pada e28 November dan 5 Disember depan.

Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir yang akan diadakan pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain