suria

Tak sangka SAC Shaharon Anuar pernah kerja buruh, jadi model iklan sebelum popular dalam Gerak Khas

Kacak... Shaharon pernah bergelar seorang model iklan sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan.

PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif.

Meskipun memegang status sebagai pegawai polis, Shaharon Anuar, 60, bagaimanapun memiliki bakat besar dalam bidang lakonan.

Katanya, beliau bermula sebagai model iklan komersial sebelum membuat penampilan sulung dalam filem terbitan Skop Production Sdn Bhd. iaitu Pemburu Bayang.

"Pertama kali menceburi dunia seni sebagai bakat utama dalam iklan Toyota Land Cruiser-Jungle Out There pada tahun 1989.

Shaharon Anuar merancang untuk meneruskan kerjaya lakonan sekiranya diberi peluang.

Shaharon bersama isteri, Datin Norasmaria.

"Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992," jelasnya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya lakonan, Shaharon Anuar mendapat kebenaran bersyarat untuk berlakon di luar waktu tugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak gerak gerak khas... Tiga sekawan ‘masuk air’ rupa-rupanya ada bakat terpendam lain! - “Ramai cakap kelakar, saya rasa biasa je

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak Khas’ buka jalan Syamsul Yusof buktikan bakat sebagai pengarah, awalnya bapa tak yakin nak bagi modal buat filem

Bagaimanapun watak yang dibawa tidak boleh mencemar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain hanya dilakukan selepas waktu bekerja.

Kemudian saya mulakan kerjaya lakonan sebagai detektif dalam filem Pemburu Bayang yang dikeluarkan pada 1992.

DATUK SHAHARON ANUAR

PESARA POLIS DAN PELAKON GERAK KHAS

"Saya berlakon selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti umum. Terlibat dalam bidang ini saya perlu melupakan waktu rehat atau masa untuk dihabiskan bersama keluarga kerana perlu berada di set penggambaran.

"Melakonkan watak pegawai polis bukan satu membebankan kerana saya sendiri seorang anggota polis. Saya anggap perkara itu biasa dan sama seperti tugasan harian.

"Produksi akan kumpul semua babak melibatkan saya dalam masa satu hari. Dianggarkan 15 atau 20 babak satu hari penggambaran bermula pukul 9 pagi dan tamat pada 12 tengah malam atau 2 pagi," ujarnya.

55916121_2636889353000736_6273556723793920000_n

Shaharon bersara selepas 38 tahun berkhidmat sebagai pegawai polis.

Shaharon Anuar secara rasminya bersara pada 1 Ogos lalu selepas 38 tahun berkhidmat dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau merancang untuk meneruskan aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO) selepas persaraannya.

"Sekiranya ada peluang saya akan teruskan kerjaya lakonan mahupun membuka rumah produksi sendiri. Mungkin juga saya akan menceburi bidang korporat," katanya.

Yusof Erra

Selain Datuk Yusof Haslam, Shaharon Anuar juga pernah bekerjasama dengan barisan pelakon antaranya Datuk AC Mizal, A.Galak, Erra Fazira, Abby Abadi, Deen Mydin, Farid Amirul dan Norman Hakim.

Selain itu Shaharon Anuar juga tidak dapat melupakan kenangan manis ketika berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001.

"Saya mengikuti promosi filem di beberapa negeri dan tidak menyangka sambutan positif peminat sangat menggalakkan sehingga diserbu mereka.

"Walaupun pelakon pembantu tetapi itu menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan," terangnya.

WhatsApp Image 2022-08-01 at 9.05.40 AM

Selain berkhidmat sebagai anggota polis dan berlakon, Shaharon Anuar turut bertugas sebagai penulis skrip drama, pengarah drama, pengacara majlis, penyampai radio Program Polis dan Anda.

Bercerita mengenai kerjaya sebagai anggota polis, Shaharon Anuar memberitahu, dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun ditolak.

Beliau tangguhkan hasrat itu kerana mahu membantu ayahnya iaitu seorang petani untuk menyara keluarga memandangkan dia anak sulung daripada lima orang adik beradik.

"Bermacam pekerjaan saya lakukan antaranya buruh am ladang kelapa sawit di kawasan Air Putih Taiping; buruh kontrak di Perumahan Taman Greenwood, Gombak; pengawal keselamatan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Keramat; penyelia projek syarikat pembinaan dan pegawai kerani di Felcra Seberang Perak.

SAC Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif on the Gerak Khas set

Shaharon bersama yusof di set penggambaran Gerak Khas.

"Ketika tawaran kekosongan jawatan Inspektor Percubaan, saya memohon dan Alhamdulillah berjaya.

"Pada 4 November 1984 saya melapor diri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak Kuala Lumpur menjalani latihan asas selama enam bulan," terangnya yang selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ketika dalam perkhidmatan.

Shaharon Anuar berkahwin dengan Datin Norasmaria dan memiliki lapan orang cahaya mata serta tiga orang cucu.

Antara filem lakonan beliau Gerak Khas The Movie 1 dan Maria Mariana 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain