suria

Akim, Stacy dapat anak lelaki

Akim kongsi berita gembira mengenai kelahiran anak lelakinya pada Sabtu.

PENYANYI, Akim Ahmad berkongsikan berita gembira apabila dia dikurniakan cahaya mata lelaki pada Sabtu.

Kata Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 31, anak lelakinya itu selemat dilahirkan pada pukul 10.19 pagi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Penyanyi itu turut berkongsi gambar anaknya yang memaparkan sebahagian daripada wajahnya.

"Segala puji selayaknya untuk-Mu Ya Allah. Isteriku tercinta Stacy telah selemat melahirkan anak lelaki kami.

"Alhamdulillah, terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar," tulisnya di Instagram.

Untitled design (21)

Akim dan Stacy kini sudah memiliki tiga orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu cecah usia 4 tahun, Stacy dan Akim tengah usaha tambah zuriat - “Cuma belum ada rezeki lagi”

Perkhabaran itu turut mendapat ucapan tahniah daripada pengikut laman sosialnya.

Tidak kurang juga beberapa selebriti seperti Suki Low, Sharul Kamal, Indah Ruhaila, Hafiz Suip Ronnie Hussein dan Ikhwan Fatanna turut mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Akim dan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.

Pasangan turut memiliki dua orang anak iaitu Eshaal, 5, dan anak angkat Bella De Luna Valentina, 10.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain