suria

Daiyan Trisya pamer banglo mewah, bersyukur usaha keras akhirnya bawa hasil

Daiyan Trisya memaklumkan dirinya memiliki sebuah kediaman mewah baharu di Instagram.

PELAKON Daiyan Trisya akhirnya membuktikan kerja kerasnya sebagai pelakon berbaloi apabila kini mampu membeli sebuah banglo mewah.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, memberitahu dia bersyukur dan berterima kasih kepada sokongan peminat yang banyak membantu sepanjang kerjaya seninya yang kini sudah hampir sedekad.

"Kejayaan yang diperoleh ini semua hasil berkat doa orang tua, kerja keras dan sokongan rakan-rakan serta peminat.

Untitled design (34)

Sebahagian daripada persekitaran kediaman baharu Daiyan Trisya.

"Saya berasa gembira dan bersyukur sangat dengan hasil usaha ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ‘berkepit’, Daiyan Trisha sudah dua tahun rapat dengan abang Ummi Nazee

Daiyan memberi reaksi tersebut bagi mengulas perkongsian video kediaman mewah yang dimuat naik ke Instagram.

Menerusi video tersebut Daiyan yang mengenai gaun labuh berwarna putih melihat di sekeliling kediaman berkonsepkan moden bersama sebuah kolam renang.

Untitled design (33)

Daiyan Trisya mengenakan gaun labuh rona putih di kediaman baharunya.

"Kenaikan tahap. Alhamdulillah gadis kamu ini sudah memiliki sebuah rumah baharu," tulisnya di Instagram.

Bagaimanapun, Daiyan tidak memperincikan mengenai harga mahupun lokasi kediaman tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain