suria

“Kalau sudah berjanji tunaikan!” - Aishah tuntut hadiah tanah lot, siap sedia turun naik mahkamah

Aishah tidak berpuas hati kerana masih belum menerima hadiah yang dijanjikan ketika memenangi GV4.

PENYANYI Datuk Aishah meluahkan rasa hampa dan kecewa apabila masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim empat (GV4) pada tahun 2017.

Lebih lima tahun menunggu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata isu tuntutan hadiah ini masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan.

"Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya mulai pagi esok (Isnin) saya terpaksa ke mahkamah untuk ke tuntutan hadiah tanah GV4

"Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tidak elok jangan mimpi nak jadi penaja," katanya.

Aishah berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut berkongsi foto semasa menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu.

aishah1

Aishah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penaja di Instagram.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah kerana sudah lama menunggu hadiah berkenaan dan enggan lagi anak seni dipermainkan.

"Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah persoal hadiah GV4... Mana tanah lot? Hadiah Datuk Vida pun tak bernilai!

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Aishah bakal terima tanah lot tapi tak tahulah nak menangis atau ketawa?

"Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni," luahnya.

Sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan.

Dalam program itu, Aishah mengetepikan peserta akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00, sebidang tanah tanah lot banglo, pakaj percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain