suria

Selalu ‘berkepit’, Daiyan Trisha sudah dua tahun rapat dengan abang Ummi Nazeera

Daiyan sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Nazreem.

KERAP dilihat bersama dan berkongsi foto di laman sosial, penyanyi Daiyan Trisha dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan abang kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa.

Mula kenal sejak dua tahun lalu, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin mengakui dia menyayangi Nazreem namun tidak lebih daripada sebagai sahabat baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak ‘izin’ Daiyan Trisha kahwin awal, takut ramai patah hati - “Saya masih single... akan terus keluarkan single”

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha alami kesan sampingan selepas sembuh Covid-19, kerap haus dan mengantuk

"Nazreem adalah bestfriend saya. Mungkin orang ingat kami bercinta sebab kami sangat rapat dan kerap dilihat pergi event sama-sama.

Sudah tentu saya pernah bercinta, tak ada la sepanjang 10 tahun dalam industri single saja.

DAIYAN TRISHA

PELAKON & PENYANYI

"Tapi sejujurnya kami memang rapat tapi tiada hubungan istimewa. Kami mula berkawan baik sejak dua tahun lalu.

"Saya sayang dan selesa berkawan dengan dia. Bukan kami 'friendzone' tapi masa mula-mula kenal dah memang selesa berkawan," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Penat ini ditemui ketika majliS pelancaran telefilem Rompak di Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Daiyan, telefilem yang bakal menjalani penggambaran pada Februari depan turut dibintangi oleh Zizan Razak, MK K-Clique dan Chubb E.

Daiyan 2

Daiyan tidak terfikir untuk bercinta.

Berkongsi mengenai statusnya terkini, pelakon drama Projek: Anchor SPM ini menegaskan dia tidak mempunyai kekasih kerana ingin beri tumpuan kepada karier.

"Saya masih single sekarang... nak fokus pada karier. Sudah tentu saya pernah bercinta, tak ada la sepanjang 10 tahun dalam industri single saja.

"Mungkin saya ini seorang yang sukakan privasi sikit. Walaupun private tapi bukan rahsia. Macam peminat mungkin boleh tahu saya ada seseorang atau tidak.

"Cuma sekarang ini, saya tak ada sesiapa dan memang hanya nak tumpu kepada kerjaya sahaja," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain