suria

Daiyan Trisha alami kesan sampingan selepas sembuh Covid-19, kerap haus dan mengantuk

Daiyan tidak alami gejala yang teruk ketika dijangkiti Covid-19.

SEPULUH hari menjalani kuarantin kendiri di rumah, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha berkongsi pengalamannya dijangkiti virus maut Covid-19 pada awal Disember lalu.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasarudin, berkata dia tidak mengalami gejala yang teruk seperti kehilangan deria rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha positif Covid-19, jangkit daripada kru drama - “Saya mohon maaf”

Namun selepas bebas daripada virus itu, Daiyan mengakui dia kini kerap berasa haus dan mengantuk.

Daiyan 2

Daiyan mudah rasa mengantuk dan cepat haus.

"Mula-mula saya tak alami gejala yang teruk. Saya kuarantin selama 10 hari tapi hari ketiga paling banyak simptom saya alami.

"Tapi hari keempat dan seterusnya dah semakin baik. Alhamdulillah saya pun tak ada hilang deria rasa cuma ada la sakit tekak dan sakit kepala.

"Selepas saya dah bebas daripada Covid-19, kesannya saya cepat mengantuk dan cepat rasa haus. Orang kata memang dua minggu dalam proses nak sembuh," katanya.

Alhamdulillah vaksin juga sangat membantu mengurangkan simptom.

DAIYAN TRISHA

PENYANYI & PELAKON

Penyanyi lagu Penat ini ditemui ketika majlis akad nikah selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran di Colony By KLCC, Kuala Lumpur.

Pada 4 Disember lalu, pelakon filem Buskers ini mendedahkan dia disah positif Covid-19, dipercayai dijangkiti daripada beberapa kru sebuah produksi drama.

Dalam pada itu, Daiyan berasa syukur apabila tiada lagi masyarakat yang bersikap skeptikal untuk berada dekat dengan bekas pesakit Covid-19.

Daiyan 1

Daiyan anggap masyarakat sudah terima untuk jalani kehidupan norma baharu.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, masyarakat mula menerima kehidupan norma baharu yang dikelilingi orang yang pernah dijangkiti virus tersebut.

"So far Alhamdulillah... tak ada bersikap skeptikal untuk dekat dengan bekas pesakit Covid. Mungkin dahulu ada sebab tak ramai dalam kalangan kita yang kena.

"Tapi sekarang ini, ahli keluarga, rakan baik sendiri pun dah kena. Apabila saya kena, ada kawan pun DM cakap dia pun sama.

"Jadi, mungkin orang dah mula terima. Alhamdulillah vaksin juga sangat membantu mengurangkan simptom," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain