suria

Aliff Syukri positif Covid-19 tahap 3, masuk hospital selepas pulang dari Turki… Mohon maaf takut umur tak panjang

Aliff Syukri ditahan di wad kerana dijangkiti Covid-19.

SELEPAS pulang bercuti dari Turki, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.

Menurut Aliff, 34, doktor mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

"Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 stage 3 melibatkan paru-paru saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkejut dakwaan hantar staf sendiri bida aset Sajat - “Saya dah tua, tak nak kontroversi dah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa pula tak layak, apa kurangnya saya?” - Aliff Syukri tetap nak jadi PM, netizen pula buat pakej lantik Sajat jadi TPM

"Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

"Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.

aliff 2

Perkongsian Aliff di Instagram.

"Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang," katanya.

Aliff berkongsi mengenai keadaan kesihatannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.

Doakan saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah bersama saya dan keluarga saya

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

Aliff dan keluarga terbang ke Turki untuk bercuti pada 15 Disember lalu dan sudah pulang ke Malaysia sejak beberapa lalu.

Menerusi semakan di Instagram, isterinya Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid bersama anak-anak dilihat menjalani kuarantin di rumah.

Namun tidak dapat dipastikan tahap kesihatan mereka.

aliff 3

Aliff dan keluarga bercuti ke Turki.

Sebelum ini, penyanyi lagu Cuba ini memberitahu dia kurang sihat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Meskipun diasak dengan pertanyaan mengenai penyakitnya itu, Aliff enggan berkongsi kerana bimbang dituduh sengaja mencari kontroversi.

"Saya sakit apa, kalau saya beritahu nanti orang kata saya buat kontroversi. Kalau saya tak beritahu orang tertanya-tanya. Saya keliru awak.

"Doakan saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah bersama saya dan keluarga saya," tulisnya di ruangan Instastory.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain