suria

Ahya Rosli menitis air mata tengok isteri meneran lahirkan anak, teruja dapat potong tali pusat bayi

Ahya dapat menyaksikan sendiri isterinya bersalin anak sulung.

PELAKON dan model Ahya Rosli berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Shahirah Sanusi selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Menurut Ahya atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli, 34, bayi lelaki seberat 3.33 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 5.05 petang, Selasa.

"Alhamdulillah selepas dua tahun akhirnya kami dikurniakan cahaya mata... sepatutnya baby lahir awal Januari depan tapi dia nak keluar awal pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahya Rosli selamat bergelar suami, Normah Damanhuri titip pesanan

ARTIKEL BERKAITAN: Sejam tahan sakit, Kak KM bersalin bayi seberat 3.8 kg - “Saya minta supaya tak potong dan jahit”

"Isteri masuk bilik bersalin selepas Zohor, tanpa sebarang bius atau bantuan ubatan dia berjaya melahirkan anak kami secara normal.

"Isteri saya memang kuat. Alhamdulillah kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Bayi sempurna sifatnya, wajah pun sama macam saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

ahya 2

Ahya merupakan anak kepada Normah Damanhuri dan adik kepada usahawan sensasi, Kak KM.

Berkongsi pengalaman pertama menyaksikan isteri melalui proses bersalin, Ahya berkata ia satu momen yang tidak mungkin dilupakan dalam hidup.

Memang kasihan sangat tengok isteri berpeluh-peluh walaupun dalam bilik bersalin itu sejuk!

AHYA ROSLI

PELAKON

"Pengalaman paling menyentuh hati saya apabila melihat isteri meneran nak bersalin... semasa itu saya berada di sebelah dia, saya selawat di tepi telinga dia sambil kipaskan dia sampai keluar air mata melihat kesukaran itu.

"Memang kasihan sangat tengok isteri berpeluh-peluh walaupun dalam bilik bersalin itu sejuk. Mungkin sebab dia terlalu penat kerana menahan kesakitan.

ahya 4

Ahya berkahwin dengan Shahirah pada Mac 2019.

"Saya diberi peluang memotong tali pusat bayi... memang takut sangat masa itu tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan begitu baik. Saya juga dapat azankan bayi, masa pegang baby itu memang rasa happy sangat.

"Selepas tujuh hari InsyaAllah kita rancang nak buat sedikit kenduri aqiqah dan cukur jambul untuk anak kami ini," ujarnya.

Ahya yang juga merupakan anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini berkahwin dengan Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2019.

Sebelum ini, kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau Kak KM selamat melahirkan bayi keempat pada 23 Disember lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain