suria

Sejam tahan sakit, Kak KM bersalin bayi seberat 3.8 kg - “Saya minta supaya tak potong dan jahit”

Kak KM selamat melahirkan anak keempatnya secara normal.

USAHAWAN kosmetik Kak KM selamat melahirkan anak keempatnya secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, Rabu.

Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli tidak menyangka kelahiran cahaya mata perempuan itu jatuh pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu subur... Kak KM nak ‘tutup kilang’ lepas bersalin anak keempat - “Saya harap boleh ajar dia buat bisnes”

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM ditegur ‘hiking’ ketika sarat mengandung... netizen bimbang ada yang memerhati - “Dah biasa masuk hutan, kita pergi siap doa”

"Ingatkan nak celebrate macam tahun-tahun yang lalu, rupanya tahun ini lagi besar hadiahnya. Memang tak sangka sungguh, suami pun menangis tak cakap apa dah.

"Alhamdulillah saya menahan sakit satu jam sahaja di dalam bilik bersalin. Pukul 12.30 tengahari masuk, pukul 1.30 terus bersalin.

264661519_2971489103091415_3448202200549872007_n

Kelahiran ini merupakan hadiah paling berharga buat Kak KM dan suaminya.

"Cuma kali ini berbeza sedikit kerana bayi besar dan berat 3.8 kilogram. Saya minta supaya tak potong dan jahit, jadi sakitnya lebih sedikit tetapi berbaloi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Kak KM memilih nama Cinta Carissa untuk bayi tersebut yang dianggap bersesuaian dengan karakternya yang suka sesuatu berbeza.

Dia juga sudah mewujudkan akaun Instagram untuk bayi itu sejak kandungan berusia tujuh bulan.

Alhamdulillah saya menahan sakit satu jam sahaja di dalam bilik bersalin. Pukul 12.30 tengahari masuk, pukul 1.30 terus bersalin.

LIANA ROSLI

USAHAWAN KOSMETIK

"Cinta wujud sejak adanya Kak KM, kalau anak-anak yang sebelum ini saya dikenali dengan nama Liana Rosli.

"Akaun Instagram itu saya buka waktu buat majlis baby shower. Ketika itu kandungan berusia tujuh bulan dan kita dah tahu jantinanya,” ujarnya.

Sementara itu, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini menghargai segala doa dan sokongan yang diterima biarpun sering dikecam netizen.

hbgvfd

Anak-anaknya sudah tidak sabar untuk menjaga adik baharu mereka.

"Kali ni punya anak memang lain daripada lain, dengan rezekinya yang betul-betul melimpah ruah. Setiap hari saya dikecam sejak mengandungkan dia sampai akaun kena hack.

"Tapi yang menyokong saya lebih ramai daripada yang mengkritik.

"Alhamdulillah sangat, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya terutama sekali mereka yang bersedekah atas nama Cinta Carissa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda semua," ujarnya.

Liana dan suaminya Razman Ramli berkahwin pada 22 Disember dan pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia