suria

Air mata Anzalna Nasir jatuh tatap wajah anak Allahyarham Siti Sarah, mahu bantu teruskan legasi arwah

Anzalna akui sebak tatkala melihat wajah anak arwah Siti Sarah.

SAYU dan hiba melihat wajah anak perempuan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelakon Anzalna Nasir akhirnya gagal menahan air mata tatkala bersemuka dengan kanak-kanak itu.

Cerita Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, dia bertemu anak arwah iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, ketika sesi fotografi jenama tudung milik Siti Sarah.

Lebih lebih menyentuh perasaan apabila pelakon berusia 33 tahun mendengar lagu nyanyian arwah pada sesi berkenaan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir bangga bapa pegang jawatan CEO Finas, anggap tanggungjawab besar perkasa industri filem

"Saya yang minta untuk mainkan lagu arwah sebab memang sangat meminatinya. Masa arwah di pentas Gegar Vaganza pun, saya buat kemunculan untuk dia.

"Apabila dengar lagu dia, tiba-tiba rasa tak kuat pula. Kemudian, tengok wajah anak arwah, lagi sayu hati. Saya tak tahu nak jelaskan macam mana.

"Sejujurnya saya sangat teruja nak shooting dan tak terfikir pun akan menangis. Saya nampak Talita seorang yang sangat kuat," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Anzalna berkongsi rakaman sebalik tabir sesi fotografi untuk jenama tudung Loveta milik Siti Sarah di Instagram di mana dia dipilih sebagai model.

Saya nampak Talita seorang yang sangat kuat.

ANZALNA NASIR

PELAKON

Menerusi rakaman pendek itu, Anzalna dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika penggambaran sedang dijalankan.

Bercerita tentang penglibatannya dengan jenama berkenaan, pelakon Anzalna Nasir mengakui dia mengambil masa agak lama memikirkan tawaran kerjasama berkenaan.

Bagaimanapun Anzalna berkata dia tertarik untuk menjadi sebahagian daripada jenama itu kerana permintaan arwah yang mahu meneruskan legasinya.

Anzalna 1

Anzalna terima tawaran bekerjasama dengan Loveta selepas berbincang dengan suami.

"Pihak mereka beri tawaran itu sekitar Oktober lalu. Tapi saya tak terus terima sebab terfikir...layak ke saya?

"Tapi dijelaskan yang mereka perlukan saya selain pesanan arwah yang mahu perniagaannya berjalan kerana fikirkan pekerja dan tak nak hentikan legasi.

"Saya rasa kalau tak terima, saya tak membantu mereka. Jadi, saya bersetuju untuk kerjasama dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," katanya.

Untuk rekod, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas bertarung nyawa akibat Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain