suria

Siti Sarah meninggal dunia

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.

DUNIA hiburan pada Isnin bersedih selepas penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat Covid-19 gagal diselamatkan lalu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi, Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dia ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ampunkan isteri saya... apa pun keadaan lepas ni saya reda” - Shuib

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Sarah mungkin ‘diganggu’, Fadzillah Kamsah minta perdengarkan ayat Ruqyah, baca doa dan hembus pada gambarnya - “Saya dapat rasakan ada gangguan lain pada dia”

Berita kematian Siti Sarah itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi Instagram.

"Bidadari syurga saya pergi buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah," katanya.

Jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Lebih menghibakan, Sarah, 37, pergi ke negeri abadi tanpa sempat menatap bayi lelaki dikandungnya selama lapan bulan yang dikeluarkan secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa. Bayi berkenaan diberi nama Ayash Affan, kini berada dalam keaadan stabil.

Shuib

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi tersebut selama tiga jam bermula pukul 2 petang Jumaat, 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan dijangkiti wabak itu sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan yang kini masih dipantau di PPUKM, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain