suria

[VIDEO] “Tak kisahlah doktor cakap 30 peratus ke 40 peratus ke... saya yakin dan pasti belum masanya” - Shuib

SEHINGGA kira-kira pukul 8 malam Ahad, tahap oksigen dalam badan Siti Sarah kembali merosot hingga ke paras 40 peratus.

Suaminya, Shuib Sepahtu berkongsi keadaan terkini Siti Sarah itu selepas dimaklumkan doktor menerusi panggilan telefon.

"Sebelum masuk sesi zoom ni, tadi doktor call beritahu condition Sarah sangat tidak baik sekarang ni. Sangat-sangat tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Henti sebar audio lama Siti Sarah kritikal, bukan situasi hari ini - Shuib

ARTIKEL BARKAITAN: Siti Sarah dimasukkan ke ICU, Shuib mohon doa isteri dan anak dalam kandungan selamat

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus, doktor cuba terbalikkan dia,” katanya ringkas.

Shuib berkongsi perkara berkenaan sebelum memulakan sesi bacaan Yasin bagi mendoakan kesembuhan Siti Sarah untuk hari ketiga berturut-turut.

Shuib makluman tahap oksigen isterinya kembali merosot.

Siti Sarah kini kritikal, Shuib rayu doa orang ramai.

Tambah Shuib, dia cukup yakin isterinya itu dan akan sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Shuib juga merayu orang ramai terus mendoakan kesembuhan buat isterinya yang masih dalam pemantauan doktor.

"Tiba-tiba saya macam hilang ayat tak tahu nak cakap apa. Saya yakin dan pasti masih belum masanya.

"Insyallah saya yakin dan memang yakin, tak kisah lah doktor cakap 40 peratus ke 30 peratus ke... saya yakin dia akan balik. Anak-anak yakin ibu mereka akan balik.

"Terima kasih semua, saya mohon terus mendoakan dan insyallah doa kalian dikembalikan kepada kalian," katanya.

Insyallah saya yakin dan memang yakin, tak kisah lah doktor cakap 40 peratus ke 30 peratus ke... saya yakin dia akan balik.

SHUIB

PELAWAK

Sebelum ini, Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkahwin pada 2011. Pasangan ini turut memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain