suria

[VIDEO] Siti Sarah dimasukkan ke ICU, Shuib mohon doa isteri dan anak dalam kandungan selamat

KEADAAN kesihatan penyanyi Siti Sarah Raisuddin semakin merosot dan kini dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pagi Jumaat.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu, 37, memaklumkan, oksigen dalam badan Sarah tidak stabil dan memohon orang ramai mendoakan semoga isteri dan anak dalam kandungan selamat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Batuk teruk, Siti Sarah dikejarkan ke hospital selepas tahap oksigen menurun

“Salam Jumaat semua, pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia tidak berapa baik.

ShuibSarah dan Shuib serta tiga anak mereka dijangkiti Covid-19 pada 25 Julai lalu.

“Saya mohon dihari baik ini doakan Sarah dan anak dalam kandungan semoga dipemudahkan urusan dan diğeri kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita,” ujarnya di Instagram pagi Jumaat.

Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebbakan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia tidak berapa baik

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sarah yang kini hamil tujuh bulan itu dimasukkan ke hospital pada petang Rabu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sarah, 37, dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain