suria

Henti sebar audio lama Siti Sarah kritikal, bukan situasi hari ini - Shuib

Shuib memaklumkan Sarah masih belum sedar.

KETIKA semua pihak terus mendoakan agar Siti Sarah kembali sihat, muncul pula pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara memaklumkan penyanyi itu sudah tiada harapan untuk hidup.

Suaminya, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata audio yang tersebar sejak pagi Sabtu itu bukanlah situasi terkini Siti Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah rasa takda harapan tapi Allah bagi keajaiban” - Shuib syukur doa dikabulkan, tahap oksigen Siti Sarah meningkat

“Berkenaan rakaman suara yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon, tolong hentikan kongsi atau padam hantaran tersebut dalam mana-mana platform media sosial.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan. Saya mohon terus mendoakan Sarah diberikan kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

SHUIB 1

Shuib meminta orang ramai henti sebarkan rakaman suara berkaitan keadaan isterinya.

Tambah Shuib, isterinya itu masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan dan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya Jumaat lalu.

Pada malam Sabtu, Shuib memaklumkan keadaan isterinya menunjukkan peningkatan apabila oksigen dalam badan semakin stabil.

Rakaman suara yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos

SHUIB

PELAWAK

Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkahwin pada 2011. Pasangan ini turut memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, i10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain