suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tauke (Jambu) mengaku ditahan polis

Tauke mengaku ditahan bagi membantu siasatan.

AKHIRNYA terjawab apabila pelawak Tauke (Jambu) mengaku dia adalah individu yang disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan wanita atas tujuan seks pada 1 Ogos lalu.

Ujar Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, dia ditahan bagi membantu sisatan pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu nafi pelawak yang ditangkap kes permerdagangan wanita - “Bukan... saya ada dengan anak dan isteri”

“Kepada yang masih tak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya.

tauke

Tauke membuat pendedahan di IG miliknya pada malam Sabtu.

Bagaimanapun ujar Tauke penahanan tersebut tiada kaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengakuan terbuka itu dibuat menerusi posting di Instagram.

Memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama sepenuhnya.

TAUKE (JAMBU)

PELAWAK

Sebelum ini Tauke pernah membuat pengakuan kepada mStar dengan menafikan dia adalah pelawak yang disebut-sebut terlibat dalam tangkapan di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Susulan penafian itu beberapa nama pelawak terkenal seperti Shahrol Shiro dan Joey Daud turut menjadi sasaran netizen berdasarkan beberapa maklumat yang ditularkan di media sosial.

Dalam serbuan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain