suria

Macam main ‘puzzle’, Joey Daud pula dituduh pelawak jadi ‘bapa ayam’ - “Hanya kerana usia 40-an, asal dari Johor... orang petik nama dia”

Joey enggan melayan mesej pertanyaan mengenai pelawak ditahan pada Ahad lalu.

USAHA netizen menjejaki pelawak yang disyaki terlibat dalam kes jenayah pemerdagangan manusia nampaknya masih belum berakhir.

Kali ini pelawak Joey Daud pula menjadi sasaran berdasarkan beberapa info seperti umur dan alamat tempat asal yang tular di media sosial.

Secara kebetulan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berusia lebih 40 tahun dan berasal dari Masai, Johor sama seperti dakwaan laporan tangkapan yang hangat diperkatakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro rayu pelawak sebenar mengaku, kecewa netizen asyik ‘petik’ nama - “Tak adil, kawan-kawan pula yang kena!”

Enggan melayan dakwaan netizen, pelawak berusia 45 tahun ini berkata dia tidak terlalu mengambil serius dalam hal berkenaan.

Joey 2

Watie turut mengakui nama suaminya juga dipetik sebagai individu yang disyaki.

"Memang terima banyak DM tanya saya ke pelawak yang dikatakan itu, tapi saya hanya baca dan senyum saja... selagi ia tidak menjatuhkan maruah, saya takkan balas.

"Anak saya pun ada hubungi bertanyakan perkara itu sebab dia risau. Apabila nama saya kena petik, saya rasa macam kelakar dan tak perlu melenting pun. Mulut orang kita tak boleh tutup.

"Lagipun itu andaian netizen dan mereka ini seperti juri... akan petik saja nama. Tapi bagus juga untuk promosi saya... sekurang-kurangnya orang masih ingat saya lagi," katanya kepada mStar.

Selain Joey, nama Tauke (Jambu) dan Shahrol Shiro terlebih dahulu menjadi telahan netizen, namun kedua-dua mereka sudah pun menafikan terlibat dalam jenayah tersebut.

Lagipun itu andaian netizen dan mereka ini seperti juri... akan petik saja nama.

JOEY DAUD

PELAWAK

Sebelum ini, seorang pelawak yang popular menerusi program Maharaja Lawak Mega direman bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia bagi eksploitasi seks.

Suspek ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad.

Dalam pada itu, isteri kepada Joey iaitu penyanyi dan pelakon Watie Sadali memberitahu dia juga terkesan apabila sering ditanya mengenai berita berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, suaminya berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masih mampu berfikir secara waras untuk tidak melakukan perbuatan itu.

Joey 1

Watie menegaskan suaminya sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

"Ramai orang mesej di laman sosial dan kawan-kawan pun ada WhatsApp tanya pelawak itu suami saya ke? Gila ke apa? Janganlah sampai macam itu... suami saya elok saja ada di rumah.

"Muka dia nampak saja keras tapi masih boleh berfikir waras. Hanya sebab Joey pernah jadi naib juara, usia 40-an dan berasal dari Johor, orang petik nama dia. Ramai pelawak terkena tempias.

"Anak Joey pun ada call sebab kawan-kawan dia asyik tanya juga fasal pelawak itu. Kami pun tak tahu siapa pelawak yang dimaksud itu," kata Watie.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain