suria

Rupa-rupanya pelawak disyaki terlibat kes pemerdagangan wanita sudah bebas dengan jaminan polis

Selebriti lelaki ditahan pada Ahad kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

SELEPAS tiga hari ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks, selebriti lelaki yang dipercayai seorang pelawak akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak pada Rabu.

Bagaimanapun Ramlan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu nafi pelawak yang ditangkap kes permerdagangan wanita - “Bukan... saya ada dengan anak dan isteri”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas naib juara Maharaja Lawak Mega direman kes perdagangan wanita atas tujuan seks

"Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Pada Selasa, mStar melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad.

Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.

RAMLAN ABDUL RAZAK

ASISTEN KOMISIONER

Dalam serbuan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sejak berita itu tular, nama pelawak Tauke (Jambu) dipetik oleh netizen sebagai selebriti yang ditahan polis akibat terbabit kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks.

Bagaimanapun, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45 menegaskan dia tiada kaitan dengan kes tersebut dan kini berada bersama keluarga di kediamannya di Bukit Jalil.

Menurut bekas peserta program Maharaja Lawak Mega itu lagi, dia tidak boleh memberi komen lanjut berikutan bukan individu yang dituduh atas jenayah itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain