suria

Tauke Jambu nafi pelawak yang ditangkap kes permerdagangan wanita - “Bukan... saya ada dengan anak dan isteri”

Tauke Jambu nafikan terlibat kegiatan jenayah pemerdagangan orang.

KECOH nama dipetik sebagai selebriti yang ditahan polis akibat terbabit kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, pelawak Tauke (Jambu) tampil mempertahankan diri.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, berkata, dia tiada kaitan dengan kes tersebut dan kini berada bersama keluarga di kediamannya di Bukit Jalil.

"Saya selamat, tak ada apa-apa berlaku dengan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas naib juara Maharaja Lawak Mega direman kes perdagangan wanita atas tujuan seks

"Sekarang saya berada kat rumah dengan anak-anak dan isteri di Bukit Jalil," katanya kepada mStar pada Selasa.

Menurut bekas peserta program Maharaja Lawak Mega itu lagi, dia tidak boleh memberi komen lanjut berikutan bukan individu yang dituduh atas jenayah itu.

tauke 3

Tauke Jambu menafikan terlibat kes jenayah terbabit.

Biarpun kesal, Tauke berkata dia tidak dapat menutup mulut netizen yang melemparkan tuduhan berat seperti ini.

"Benda ni serius tapi orang dah tuduh kita nak buat macam mana. Saya tak boleh nak komen apa-apa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tak tahu macam mana benda ni boleh keluar. Reda je la... netizen ada hak dan kita tak boleh nak larang.

Benda ni serius tapi orang dah tuduh kita nak buat macam mana

TAUKE JAMBU

PELAKON/PELAWAK

"Individu tu bukan saya," ujarnya.

Terdahulu, mStar melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad.

Dalam serbuan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain