suria

Bekas naib juara Maharaja Lawak Mega direman kes perdagangan wanita atas tujuan seks

Pelawak berusia 40an direman atas dakwaan pemerdagangan manusia.

SEORANG pelawak yang kononnya popular menerusi rancangan Maharaja Lawak direman empat hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Peserta berkenaan pernah mendapat gelaran naib juara dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega yang disertainya secara berkumpulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu nafi pelawak yang ditangkap kes permerdagangan wanita - “Bukan... saya ada dengan anak dan isteri”

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan kira-kira jam 10 pagi, Ahad lalu.

Dalam insiden tersebut, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

"Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda," kata Amran.

Hasil pemeriksaan pihak polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang dan empat buah telefon bimbit.

Suspek juga dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Suspek direman bermula Ahad hingga Khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain