suria

Makin besar! Siti Nordiana hantar writ saman tuntut 5 sekawan bayar RM2.5 juta dan mohon maaf di media

Siti Nordiana teruskan saman terhadap lima individu yang didakwa memfitnahnya menerusi siaran IG Live pada 20 Julai lalu.

KEMELUT antara Siti Nordiana dengan lima rakannya memasuki episod baharu apabila kelima-lima mereka menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

Peguam yang mewakili lima sahabat itu, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, anak guamnya iaitu Lan Solo, Syura Badron, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek Aida G dituntut membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja maaf terbuka, Siti Nordiana tuntut Lan Solo dan Syura Badron bayar RM200,000 setiap seorang

"Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin)," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

nana lan syura

Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

"Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin).

ALAN RAZAK

PEGUAM MEWAKILI LAN SOLO, SYURA DAN TIGA INDIVIDU LAIN

"Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

alan razak

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain